ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Thursday, 11 December 2014

MONARKI SWEDEN DAN ALI ABDUL JALIL

Oleh : AJ

Penulis malas nak komen panjang-panjang mengenai apa yang ditulisnya di dalam facebook. Penulis rasa semua dah maklum tentang dia ni. Cuma aku sekadar ingin menarik perhatian kalian mengenai sisi 'lawak' Ali Abdul Jalil ni.

Ali ni bukanlah ahli politik. Malah dia bukan pun aktivis politik. Dia hanyalah seorang budak remaja yang mempunyai masalah emosi dari sudut mengawal kemarahan. Sebab tu dia mencarut-carut kerjanya. Tetapi nak kutuk-kutuk dia semula pun tak ada gunanya. Sebabnya, apa yang kita dapat dari kutuk-mengutuk? Dan kenapa pula nak terikut-ikut perangai si Ali ni?? Jadi ada baiknya kita berbicara dengan penuh hikmah. Membalas kenyataannya dengan kenyataan yang 'fizikalnya' sama dengan kaedah berbahasanya, tidak membezakan kita dengan dia. Nabi sendiri pun tak pernah ajar adab berbicara seperti ini. Malah jika kita pernah membaca Al-Quran, pastinya kita mengetahui bagaimanakah Allah memerintahkan Musa dan Harun agar berjumpa dengan Fir'aun yang zalim dan memberikan peringatan dengan penuh kelembutan. Perkara ini tercatat di dalam Al-Quran dimana Allah berfirman yang bermaksud;

"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut". (Surah Taha : 43-44)

Terjemahan Swedish;

"Gå till Farao - han har gått för långt i sitt övermod - men tala till honom i försonliga ordalag; kanske förmås han då till eftertanke eller grips av fruktan."(Surah Taha : 43-44)

Jadi kepada Ali bin Abdul Jalil, penulis hendak bertanyakan kepada anda, adakah Sultan-Sultan dan Raja-Raja di Malaysia ini lebih teruk dari Fir'aun? Dan adakah anda lebih mulia dari Nabi Musa dan Harun Alaihissalam? Jika FIR'AUN yang ZALIM pun masih Allah perintahkan Nabi kita yang mulia Musa dan Harun berbicara dengan penuh kelembutan, kenapa anda tidak berbicara dengan penuh kelembutan dan penuh adab dihadapan pemerintah yang mengakui akan kekuasaan Allah Subhanawata'ala?

Yang terakhir, tahukah anda wahai Ali, Sweden sendiri mengamalkan sistem Kerajaan Raja Berperlembagaan? Malah adalah amat pelik tatkala anda mahukan sistem beraja runtuh di Malaysia tetapi dalam masa yang sama meminta perlindungan dari negara yang mengamalkan sistem yang dibenci oleh anda. Dimanakah integriti anda? Jika anda bencikan sistem beraja, maka anda seharusnya menolak untuk ke Sweden, sebaliknya ke Iran, Perancis, Serbia, Korea Utara, Vanezuela, Cuba, Israel, Singapura, Indonesia, Filipina dan negara-negara lain yang mengamalkan sistem negara berpresiden.

Akhir kalam, semoga ALLAH menjaga aqidah anda. Dan jangan tinggalkan solat. Kerana solat dapat mencegah dari melakukan kemungkaran selain jaminan rezeki dari Allah yang tidak akan pernah putus.

Bacaan lanjut





Komen Pena Minang : Jangan salahkan sistem kalau diri sendiri gagal beradaptasi dalam sistem.

6 comments:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute