SEMAK KEPUTUSAN KEMASUKAN KE IPTA LEPASAN STPM / MATRIKULASI / ASASI (IJAZAH PERTAMA) ESOK! 11 OGOS 2015 BERMULA 12.00 TENGAH HARI

SIARAN MEDIA
BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/MATRIKULASI/ASASI (IJAZAH PERTAMA) SESI AKADEMIK 2015/2016

1. Sukacita dimaklumkan bahawa dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi (Ijazah Pertama) adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum dalam menentukan nilai merit seseorang calon. Prinsip meritokrasi ini dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya.

2. Bagi Sesi Akademik 2015/2016, sejumlah 63,942 calon Lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi telah mengemukakan permohonan. Ia menunjukkan penurunan 15.8% berbanding sesi lepas.

3. Berdasarkan permohonan yang diterima, seramai 59,511 (93.07%) adalah calon yang layak dan melepasi Syarat Am Universiti serta Syarat Khas Program Pengajian. Daripada jumlah calon yang layak pula, seramai 26,124 (43.90%) adalah calon aliran Sains dan 33,387 (56.10%) adalah calon aliran Sastera. Sejumlah 18,113 (30.44%) daripada calon yang layak adalah lelaki manakala 41,398 (69.56%) calon adalah perempuan.

4. Sejumlah 40,438 (67.95%) daripada calon yang layak telah berjaya mendapat tawaran di 18 IPTA.

5. Berdasarkan 40,438 jumlah calon jaya tersebut, 23,883 (59.06%) adalah daripada aliran Sains dan 16,555 (40.94%) adalah daripada aliran Sastera. Sejumlah 12,391 (30.64%) daripada calon jaya tersebut adalah lelaki manakala 28,047 (69.36%) adalah perempuan.

6. Sejumlah 3,271 calon STPM/ Matrikulasi/ Asasi yang memperolehi PNGK 4.00 telah mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA dan seramai 3,269 calon telah berjaya mendapat tawaran di IPTA bagi Sesi Akademik 2015/2016 kecuali dua (2) calon dengan PNGK 4.00 tidak berjaya ditempatkan di IPTA kerana tidak memenuhi Syarat Am dan Khas kemasukan ke 20 IPTA.

7. Kejayaan calon untuk memperoleh tempat bergantung kepada susunan merit dan pemilihan program pengajian di IPTA yang dipohon. Jika merit calon tidak begitu tinggi dan memohon program pengajian kompetitif, berkemungkinan besar calon tidak terpilih untuk ditawarkan program pengajian dalam pilihan mereka. Begitu juga jika calon hanya memohon di IPTA yang popular, calon akan menghadapi persaingan yang tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada IPTA berkenaan.

8. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) amat prihatin dengan calon yang memperoleh merit tinggi tetapi tidak mendapat tawaran di mana-mana IPTA. Calon berkaitan berpeluang menerima tawaran mengikut tiga (3) bidang pilihan calon semasa mengemukakan permohonan. Tawaran tersebut tertakluk kepada kekosongan tempat di IPTA dan penyataan “setuju terima” calon untuk menerima tawaran di luar pilihan program pengajian mereka.

9. Selaras dengan dasar kerajaan bagi merealisasikan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) iaitu meningkatkan akses dan ekuiti dalam pendidikan pengajian tinggi, KPT amat prihatin dan komited terhadap golongan masyarakat ‘socially disadvantaged’ seperti Orang Asli dan Orang Kurang Upaya (OKU).

10. Selain itu, bagi memperkasakan sukan di IPTA, KPT juga menyelaras agar atlet yang beraksi di peringkat negara dan antarabangsa diberi peluang melanjutkan pengajian dan dalam masa yang sama, mereka dapat menceburkan diri dalam sukan pilihan di Pusat Kecemerlangan Sukan dan Pusat Sukan Tumpuan IPTA yang ditetapkan. Ini adalah selaras dengan usaha kerajaan dalam melahirkan graduan holistik yang mampu merealisasikan agenda dan wawasan nasional.

11. Pencapaian golongan tersebut bagi Sesi Akademik 2015/2016 adalah seperti berikut :

GOLONGAN | LAYAK | TAWAR | PERATUS BERJAYA 

ORANG ASLI | 65 | 47 | 72.31% 
OKU | 127 | 70 | 55.12% 
ATLET KEBANGSAAN & ANTARABANGSA | 77 | 69 | 89.61%

HEBAHAN RASMI KEPUTUSAN

12. Status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2015/2016 boleh disemak mulai 11 Ogos 2015 (Selasa), jam 12.00 tengah hari melalui saluran hebahan rasmi berikut:

1. Laman Web 
http://upu.mohe.gov.my 
https://jpt.utm.my 
http://jpt.uum.edu.my 
https://jpt.unimas.my 
http://jpt.ums.edu.my

2 . Hotline 
03-8870 6767

3. Helpline 
03-8870 6777

4 . Talian Am 
03-8870 6755 / 6766

5 . Sistem Pesanan Ringkas 
(SMS) (Short Messaging Service)
Untuk semua talian telefon bimbit 
Sila taip: 
UPU RESULT [No. KP] 
dan SMS ke: 
15888

13. Pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon yang berjaya mulai 12 Ogos 2015. Semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran oleh IPTA dalam tempoh 10 hari iaitu pada atau sebelum 22 Ogos 2015. Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak melalui Laman Web IPTA seperti di Lampiran 1.

14. Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi (BPKP JPT), juga akan membuka kaunter semakan status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA di Aras Lobi, No.2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62200 W.P. Putrajaya mulai 11 Ogos hingga 21 Ogos 2015 untuk memudahkan pemohon membuat semakan dan mendapatkan khidmat runding cara.

15. BPKP JPT turut menyediakan perkhidmatan untuk membantu menjawab sebarang pertanyaan melalui saluran Talian Khidmat Bantu (Helpline) di talian 03-8870 6767 atau Hotline di talian 03-8870 6777 atau melalui e-mel di alamat upu@mohe.gov.my.

16. Sempena Karnival Higher Education Week Malaysia (HEWM) yang akan diadakan pada 11 – 16 Ogos 2015, BPKP JPT akan membuka booth di perkarangan parkir KPT untuk memberi tunjuk ajar dan runding cara kepada calon untuk semakan keputusan permohonan ke IPTA dan prosedur mengemukakan permohonan rayuan bagi calon yang tidak berjaya mendapat tawaran di IPTA.

17. Bagi calon yang memohon kemasukan ke Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaya (UM), semakan keputusan boleh dibuat melalui laman web USM https://pohon.usm.my dan laman web UM https://myum-id.um.edu.my

e-RAYUAN

18. Aplikasi e-Rayuan dibuka untuk capaian melalui Laman Web Rasmi Kemasukan di http://upu.mohe.gov.my mulai 11 Ogos 2015 (Selasa), jam 12.00 tengah hari. Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA sahaja dibenar mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi diumumkan.

19. Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 21 Ogos 2015, jam 4.00 petang.

20. Keputusan pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA selepas pendaftaran pelajar baharu. Tawaran adalah muktamad. Jika tiada sebarang jawapan diterima dari IPTA sehingga 20 September 2015, maka rayuan tersebut hendaklah dianggap gagal.

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

21. Tarikh pendaftaran pelajar baharu di IPTA ialah pada 1 hingga 2 September 2015.

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar 
Jabatan Pendidikan Tinggi 
Kementerian Pendidikan Tinggi

SENARAI URL LAMAN WEB IPTA UNTUK CETAKAN SURAT TAWARAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/MATRIKULASI/SETARAF (IJAZAH PERTAMA) SESI AKADEMIK 2015/2016

1. UTHM wapps.uthm.edu.my/ppa/tawaran/ 

2. UPSI www.upsi.edu.my/kemasukan/tawaran 

3. UM http://kemasukan.um.edu.my 

4. USM https://pohon.usm.my 

5. UKM www.ukm.my/kemasukan/tawaran 

6. UPM www.smp.upm.edu.my/tawaran 

7. UUM www.uum.edu.my/kemasukan 

8. UNIMAS www.unimas.my/kemasukan/tawaran 

9. UMS bpa.ums.edu.my/semakanums 

10. UITM www.online.uitm.edu.my 

11. UPNM www.upnm.edu.my/kemasukan/tawaran 

12. UTeM www.utem.edu.my/kemasukan 

13. UniSZA www.unisza.edu.my/bpa 

14. UMP www.ump.edu.my/kemasukan/tawaran/ 

15. USIM etasjil.usim.edu.my 

16. UMK www.umk.edu.my/kemasukan/tawaran 

17. UNIMAP offer.unimap.edu.my 

18. UIAM www.iium.edu.my/kemasukan/tawaran/ 

19. UTM https://jpt.utm.my 

20. UMT intake.umt.edu.my

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar 
Jabatan Pendidikan Tinggi 
Kementerian Pendidikan Tinggi

Post a Comment

0 Comments