ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 25 May 2016

KENAPA ARAB SAUDI BENARKAN U.S BUKA PENGKALAN TENTERA DI NEGARANYA KETIKA PERANG TELUK PERTAMA?

Oleh : Jebat

Disebabkan banyak sangat dok tanya kenapa Arab Saudi benarkan Amerika Syarikat gunakan kawasan mereka sebagai pengkalan untuk menyerang Iraq ketika perang teluk pertama. Sini aku tampilkan jawapan dari hasil pembacaan dan kajian yang telah aku lakukan.

1.Telah mendapat kebenaran dari Ulama. Mufti Arab Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baz mengeluarkan fatwa membenarkan kemasukan tentera bukan ISLAM ke dalam Arab Saudi ekoran melihat mudarat yang lebih ringan. (http://www.abukhadeejah.com/ibn-baaz-allowed-the-american-military-into-saudi-arabia/).

2. Tidak ada satu pun negara ISLAM yang mempunyai kekuatan pertahanan dan teknologi ketenteraan yang canggih sepertimana yang Amerika Syarikat ada. (Dan kebanyakkan negara ISLAM pun import senjata daripada negara barat untuk pertahan negaranya. Tak yah cakap Saudi, negara kita pun pakai produk Amerika.) Hatta korang nak kata kita ada pejuang Islam Mujahiddis pun, mereka tak ada teknologi ketenteraan, sebaliknya guna senjata yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat kepada mereka. (http://www.theguardian.com/world/1999/jan/17/yemen.islam)

Tentera Arab Saudi solat berjemaah ketika perang teluk 1990
3. Perlu diingatkan disini, Arab Saudi bertindak membenarkan Amerika Syarikat berpengkalan hanya buat sementara dan bila operasi dah habis, mereka keluar dari negara berkenaan dan berpindah ke Qatar, Kuwait, Bahrain, dan Oman. Kalau ada saki baki pun, hanya untuk tujuan latihan. Dan pada 2003, Amerika Syarikat akhirnya keluarkan saki baki tenteranya dari Arab Saudi. (http://content.time.com/time/world/article/0,8599,447940,00.html

Ala, macam waktu Malaya dalam era konfrantasilah, ada jer pengkalan udara Australia kat Butterworth. Ada jer tentera British mendarat kat pelabuhan. Kau nak kata pemimpin Malaya time tu kafir sebab terima bantuan dari negara bukan ISLAM untuk pertahankan Malaya? Dan kalau korang consider pemimpin Malaya kafir, maka korang yang tengah membaca tulisan ni pun boleh cosider diri korang sama macam mereka, sebab tinggal di negara yang mendapat perlindungan dari negara kuffar.

4. Ramai yang menyangka bahawa Saddam adalah pejuang Islam. Aku tak kata dia kafir. Tapi waktu dia memerintah, ideologi yang dia pegang waktu tu adalah sosialis. Kalau benar dia seorang muslim sejati, dia tak pi serang Kuwait tak memasal. Sedangkan Kuwait tak kacau dia pun. Dan kalau cakap soal perang, tak nak tanya ke berapa ramai orang awam Kuwait mati gara-gara kegilaan Saddam? Dan just nak bagi tau korang gak, Saddam ni dari parti Ba'ath Iraq, yang ada perkaitan dengan Parti Ba'ath Syria, parti yang diwakili oleh Bashar Al-Assad. (rujuk : Arab Socialist Ba'ath Party)

5. So aku harap, jangan la dok senang-senang cakap benda yang korang tak buat penyelidikkan. Kaji dulu dan selidik setiap maklumat yang korang terima. Bukan main hadam tak tentu pasal. Tak guna ada google kalau tak reti nak tekan butang 'search'.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute