ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Friday, 17 June 2016

BRUNEI : DARI SUDUT PANDANG LAIN [BERSERTA VIDEO DAN PETA]

Oleh : Jebat

1. Tahukah anda, Brunei memang tak ada cukai, namun dalam masa yang sama negaranya tidak mengamalkan demokrasi, raja berkuasa penuh, dan setiap titah Sultan adalah undang-undang.

2. Tahukah anda, walaupun Brunei telah merdeka, namun Sultannya masih membenarkan tentera British beroperasi di negara berkenaan. 

Rujuk : http://www.army.mod.uk/operations-deployments/22792.aspx




3. Tahukah anda, walaupun Brunei datang dari rumpun yang sama dengan rumpun Melayu di Malaysia, namun mereka lebih mesra dengan Singapura, malah membenarkan Tentera Singapura mempunyai pengkalan / pusat latihan di Brunei. Rujuk : http://doing-national-service.blogspot.my/2012/02/brunei-training.html

4. Dan tahukah anda, keintiman Brunei dan Singapura semakin terserlah pada tahun 1967 apabila kedua-dua negara itu bersetuju menyamakan nilai matawang mereka. SG$1 = BND$ 1 

Rujuk : http://www.mas.gov.sg/currency/currency-interchangeability-agreement-with-brunei.aspx

5. Tahukah anda, walaupun Sultan Brunei berkuasa mutlak untuk menjalankan undang-undang hudud, sehingga hari ini ianya masih belum berjalan. Malah dalam Perkara 84A:

“84B. (1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan tidak pandai berbuat salah sama ada atas sifat peribadi atau rasmi Baginda. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan tidak boleh dibicarakan di dalam mana-mana mahkamah berkaitan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh Baginda dalam masa atau selepas pemerintahan Baginda sama ada atas sifat peribadi atau rasmi Baginda.” 

Dengan kata mudah, kalau Sultan Brunei buat salah, beliau tak boleh dikenakan hukuman hudud. Senang citer, Hudud hanya untuk rakyat.

Rujuk : http://www.penaminang.com/2015/08/video-brunei-masih-belum-laksana-hudud.html#axzz4BhiL1sII

6. Tambahan : Brunei sedang mengalami krisis kewangan ekoran penurunan harga minyak mentah dunia. Dan negara itu sedang mengkaji untuk merasionalisasikan pemberian subsidi di negara berkenaan.

Rujuk : 

http://thediplomat.com/2016/02/bruneis-economy-running-on-empty/
http://borneobulletin.com.bn/brunei-faces-dual-shock-of-falling-oil-price-output/
http://www.economist.com/news/asia/21661040-autocratic-sultanate-turns-more-devout-oil-money-declines-all-pray-and-no-work
http://www.forbes.com/sites/forbesasia/2016/04/04/brunei-minister-says-sultanate-is-rationalizing-its-oil-economy/#4d01e92ab343
http://www.theglobeandmail.com/report-on-business/international-business/bruneis-oil-fuelled-economy-looks-to-diversify/article22750399/

7. Namun apa-apa pun, kita tetap menghormati hak-hak kedaulatan Brunei selaku sebuah negara yang berdaulat. Kenyataan ini dikeluarkan hanyalah bersifat akademik bagi membuka mata para peminat Brunei yang tak tau hujung pangkal, dan menganggap negara berkenaan terlalu maksum dan mulia hanya disebabkan mereka tidak mengenakan GST kepada rakyatnya. Setiap negara ada kelemahan. Dan setiap negara ada kekuatan. Jika anda tak suka dengan negara yang anda tinggal ini, berhijrahlah... Dunia ALLAH ini luas.

1 comment:

  1. “84B. (1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan tidak pandai berbuat salah sama ada atas sifat peribadi atau rasmi Baginda. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan tidak boleh dibicarakan di dalam mana-mana mahkamah berkaitan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh Baginda dalam masa atau selepas pemerintahan Baginda sama ada atas sifat peribadi atau rasmi Baginda.”

    Tolong rujuk kembali mengenai hal ini kerana statement yg ini adalah yang terkandung dalam Perlembagaan Negeri Brunei yg lama iaitu Perlambagaan Negeri Brunei 1959 dan pindaan perlembagaan yang terakhir adalah pada tahun 2008. Enakmen hudud baru sahaja dilaksanakan pada 1 Mei 2014.

    Pada satu kenyataan akhbar di Brunei Times oleh Kementerian Agama Brunei, hukuman jenayah shariah akan dilaksanakan kepada semua yang berada di Brunei tanpa mengira pangkat.

    Dan di dalam perlembagaan Brunei yang lama itu terang terang dinyatakan hanya “Kebawah Duli Sultan Yang Di-Pertuan..” bukan dinyatakan “Kerabat” sebagaimana yang disebarkan oleh sesetengah orang.

    Tambahan lagi, Perlambagaan Negeri Brunei 1959 yg dinyatakan dalam 84B(1) adalah mengenai hukuman jenayah civil. Bukannya hukuman jenayah syariah.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute