ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Saturday, 23 July 2016

TERIMA KASIH TUN M!


Oleh : Jebat

Sapa cakap kita tak berterima kasih dengan Mantan TUN M?

1. Kita berterima kasih dengan beliau kerana melaksanakan dasar pandang ke Timur yang menyebabkan banyak FDI dari Jepun, Korea Selatan dan Taiwan memasuki Malaysia.

2. Kita berterima kasih dengan beliau kerana dengan Dasar Pandang ke Timurlah, maka Proton dan Perodua dapat dijual dengan harga yang terlalu murah. Lebih murah daripada kereta keluaran TATA daripada India.

3. Kita berterima kasih dengan Tun M sebab bina lebuhraya bertol kerana beri ruang kepada rakyat Malaysia berkerja dalam sektor pertolan yang mana kenaikkan tol menjadi bahana kepada pemimpin hari ini (yang mana banyak duit rakyat terpaksa dileburkan untuk bayar ganti rugi pada syarikat konsesi ekoran kerajaan hari ini cuba sedaya upaya mengekalkan kadar tol walaupun dalam perjanjian era Tun M, syarikat ada hak untuk naikkan nilai kutipan). Hatta PM sekarang ini pun tidak mampu membina Lebuhraya bertol di Borneo sepertimana yang anda lakukan di Semenanjung.

4. Kita berterima kasih kepada Tun M dengan pembinaan KLIA, sebab dengan KLIA lah, maka Bin Laden Construction dapat kontrak bina Lapangan Terbang berkenaan, sedangkan KLIA2 pula hanya dibina oleh kontraktor tempatan dan majoritinya kepakaran tempatan. (http://www.sbg.com.sa/kualalambor_airport.html)

5. Kita berterima kasih dengan mantan Tun M sebab gunakan wang Petronas untuk membangunkan Putrajaya dimana hampir kebanyakkan banggunan kerajaan di Putrajaya masih dalam taraf 'sewaaan'. Dan ada diantara Jabatan Kerajaan terpaksa 'cabut' keluar dari Putrajaya kerana tak tahan dengan kadar sewaan yang tinggi. (http://www.sinarharian.com.my/politik/siapa-pemilik-saham-putrajaya-holdings-soal-husam-1.155928 I http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=333093 I http://malaysianreview.com/10580/putrajaya-jimat-rm27b-henti-sewa-bangunan-kerajaan/)

6. Kita berterima kasih dengan Tun M, kerana menghabiskan wang Petronas bagi membina KLCC yang mana masih banyak tingkat yang kosong dan tak berpenghuni. Malah terima kasih banyak-banyak sebab jambatan yang menghubungkan menara 1 dan menara 2 pun terpaksa import dari Korea Selatan. Selain dapat menjadi salah satu lokasi tempat bergambar popular di KL, ianya juga kini menjadi tapak utama bebudak raver dan budak hipster menari-nari dengan keriangan. Dan paling utama, banyak anak-anak Melayu dapat menjadi 'tokey' di KLCC. (http://www.klcc.com.my/structure_about.php I https://en.wikipedia.org/wiki/Petronas_Towers I http://www.expatgo.com/my/2013/01/09/the-history-and-construction-of-the-petronas-twin-towers/)

7. Kami turut berterima kasih kepada Tun M, kerana memerintahkan Malaysia Airport Berhad membangunkan Sepang International Circuit yang menjadi lokasi perlumbaan F1 dan kejohanan permotoran antarabangsa dunia. Yang mana, pastinya kami tidak ketahui apa rasionalnya memerintahkan syarikat pengendali lapangan terbang melabur dalam aktiviti sukan permotoran. Dan kami juga tidak mengetahui apakah kepakaran yang ada pada Mokhzani Mahathir sehingga beliau dilantik menjadi pengerusi SIC (https://www.sepangcircuit.com/about/sic-board-of-directors-management)

8. Dan paling penting, kita berterima kasih dengan mantan Tun M, kerana dengan tambatan matawang berkenaan. Kerana itulah kaedah sementara yang paling effisyen dalam memastikan kejatuhan nilai matawang terkawal. Namun untuk jangka masa panjang, ianya memberikan kesan kepada kewangan negara, pandangan dari Pakar ekonomi bagi Standard & Poor's Ratings Services untuk Asia Pasifik, Vincent Cont. (https://www.malaysiakini.com/news/308976)

9. Kami menghargai segala 'kemudahan' dan 'bebanan selepasnya'. Dan kami tidak menyalahkan anda dengan masalah yang berpunca dari sebab dan akibat dari keputusan yang telah anda lakukan semasa menjadi Perdana Menteri. Kerana kami yakin dan percaya, setiap keputusan yang dibuat itu, ianya sesuai pada masa dan ketika anda memerintah. Dan biarlah 'bebanan' yang dihadapi pada hari ini hasil peninggalan legasi anda, menjadi cabaran kepada kami, anak-anak muda untuk berhadapan dengan dunia yang penuh pancaroba.

p/s : Banyak lagi penghargaan yang aku nak tulis kepada Tun M, hasil dan jasa beliau kepada kita. Cuma aku rasa, ini saja yang aku nak sampaikan pada korang. Yang lain-lain macam isu Bank Bumiputra, Perwaja Steel, Dawama, isu perjanjian berat sebelah IPP, dan lain-lain isu tu, aku pendamkan aja.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute