FAKTA LAWATAN RASMI RAJA ARAB SAUDI


Oleh : Anasz*

Raja Arab Saudi pertama yang melakukan lawatan rasmi ke Malaysia ialah Almarhum Raja Faisal bin Abdul Aziz Al-Saud telah melakukan lawatan rasmi ke Malaysia pada tahun 1970 (Era Tun Razak jadi PM) - Kehadiran Raja Faisal ke Malaysia bukanlah semata-mata atas jemputan kerajaan Malaysia, tetapi juga adalah disebabkan beliau merupakan sahabat karib kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang pada masa yang sama menjadi Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Negara-Negara Islam (OIC).



Almarhum Khadimul Haramain Asy-Syarifain Raja Abdullah bin Abdul Aziz Al-Saud pernah melawat Malaysia pada tahun 2003 ketika era pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Namun ianya bukanlah berstatus lawatan rasmi kerana kehadiran Khadimul Haramain Asy-Syarifain pada ketika itu adalah bagi menghadiri sidang kemuncak Persidangan Ketua Kerajaan Pertubuhan Negara-Negara ISLAM (OIC) yang berlansung di Pusat Konvensyen Putrajaya, Malaysia.



Lawatan rasmi ketiga yang dilakukan oleh Raja Arab Saudi ke Malaysia adalah pada tahun 2006. Almarhum Khadimul Haramain Asy-Syarifain Raja Abdullah bin Abdul Aziz Al-Saud sekali lagi datang ke Malaysia bagi lawatan rasmi beliau ke Malaysia. Masa tu yang jadi Perdana Menteri adalah Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Tahun 2017, menyaksikan orang kepercayaan Al-Marhum Raja Faisal, Khadimul Haramain Asy-Syarifain Salman bin Abdul Aziz Al-Saud Hafizahullah datang melakukan lawatan rasmi ke Malaysia. Dan beliau dipercayai akan menjadi Raja Arab Saudi terakhir (dari generasi anak Al-Marhum Raja Abdul Aziz Al-Saud - Pengasas Kerajaan Arab Saudi Moden pada tahun 1932 yang melawat Malaysia, kerana selepas beliau, generasi cucunda Abdul Aziz akan menaiki takhta kerajaan).

Dalam lawatan berkenaan ini juga beliau (Raja Salman) membawa anakanda kesayangan beliau merangkap Timbalan Putera Mahkota, Putera Mohamad bin Salman bagi mengiringi lawatan beliau ke Malaysia dan Indonesia. Pada pandangan penulis, kehadiran Timbalan Putera Mahkota merangkap Menteri Pertahanan Arab Saudi dalam misi lawatan rasmi Raja Salman ke Nusantara ini juga adalah sebagai pendedahan dan memperkenalkan anakanda beliau kepada para pemimpin di Malaysia dan Indonesia.




*Penulis merupakan graduan sarjana dalam bidang strategi dan keselamatan dari UKM

Post a Comment

0 Comments