LAWATAN RAJA SALMAN KE MALAYSIA : APA YANG BOLEH KITA PEROLEHI?

Oleh : Jebat

Lawatan rasmi Khadimul Haramain As-Syarifai'n, Salman bin Abdul Aziz Al-Saud ke Malaysia pada penghujung bulan Febuari dijangkakan akan meningkatkan lagi hubungan diplomatik, ekonomi, dan kebudayaan diantara kedua-dua buah negara. Lawatan rasmi penjaga dua tanah suci umat Islam ini ke Malaysia adalah episod kepada pengulangan sejarah lawatan rasmi Raja Arab Saudi ke Malaysia.

Pada tahun 1970, Almarhum Raja Faisal bin Abdul Aziz Al-Saud telah mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia sekaligus menjadi raja Arab Saudi pertama yang melawat Malaysia. Dalam lawatan Almarhum Raja Faisal ke Kuala Lumpur ini, baginda telah mengurniakan bantuan kewangan sehingga terdirilah dewan Al-Malik Faisal di Pusat Asasi UIAM di Petaling Jaya Selangor. Keprihatinan beliau Raja Faisal yang juga sahabat karib kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana Menteri Pertama Persekutuan Tanah Melayu & Malaysia) kepada aktiviti dakwah di Malaysia ini dilihat menurusi bantuan kewangan yang disalurkan oleh baginda kepada organisasi seperti Perkim.



Berikut adalah sedikit dari senarai sumbangan Arab Saudi kepada Malaysia ;

1. “Arab Saudi, Sumbangan Kepada Yayasan Dakwah Islam Malaysia, Kuala Lumpur” (August 17, 1976) Rekod Pandang & Dengar, National Archive of Malaysua (G.14576, No Penerimaan : 2001/0043963)

2. “Makmal Bahasa Arab, Kolej Islam Klang, Dr. Mahathir Mohd, Menerima Sumbangan Cek Daripada Kedutaan Arab Saudi, Dato Mohamad Y. Traboulsi, Kuala Lumpur” (December 23, 1976) Rekod Pandang dan Dengar, National Archive of Malaysia (G.14721, No. Penerimaan : 2001/0044187)

3. “Masjid Negara, Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Menerima Sumbangan dari Kerajaan Arab Saudi, Kuala Lumpur”. (September 10,1965) Rekod Pandang dan Dengar, National Archive of Malaysia (G.4658 (No. Penerimaan: 2001/0034923).


4. “Tuan Haji Mohamed bin Nasir Menerima Cek darf Tuan Sheikh Mihamed Al-Hamid Al-Shubaili Untuk Bengkel Orang-Orang Cacat Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kota Bharu”. (August 27,1977) Rekod Pandang dan Dengar, National Archive of Malaysia (G. 15090, No. Penerimaan : 2001/0044504).


5. “$125,000 Saudi Donation for PERKIM”, New Straits Times, May 28,1976.


6. “Malaysia Seals $220m Arab Loan Deal”, The New Straits Times, 28 June 1979

7. “Mohamed Shubaili Gave a Cheque of $643,000 to UKM”, New Straits Times, October 11,1979.


8. “PERKIM terima sumbangan Saudi $105,000”, Utusan Melayu, June 2,1975.


9. “Saudi’s Cheque US$500,000 to PERKIM”, New Straits Times, March 26,1980.

10. “Saudi Donated $921,719.78 to USM Mosque”, New Straits Times, July 20, 1979.


11. “Saudi Donated $660,000 to the Terengganu Islamic Foundation”, New Straits Times, March 30, 1980.


12. “Saudi Gave $5million to the State of Kelantan”, New Straits Times, November 13, 1980.


13. “Saudi’s $19,751 Gift to PERKIM”, New Straits Times, May 15,1975.


14. “Saudi’s Financial Assistance Under 3`rd Malaysian Plan”, The Star, May 23,1976.


15. “Sheikhul Mohamed Al-Hamed Al-Shubaili Donated US$30,000 for the Handicapped on Behalf of Crown Prince Fahd to YDP Agong”, New Straits Times, November 22, 1981.



Lawatan Raja Salman ke Malaysia kali ini dijangkakan akan menyaksikan pelbagai bentuk kerjasama boleh dilakukan antara Riyadh dengan Kuala Lumpur, selain membuka peluang-peluang perniagaan kepada syarikat Malaysia dan Arab Saudi untuk terlibat dalam projek pembanggunan di kedua-dua buah negara. Dipihak Malaysia pastinya, kita akan mengintai peluang-peluang yang ditawarkan oleh Arab Saudi terutama sekali dalam aspirasi Wawasan Arab Saudi 2030 (Vision 2030) bagi mempelbagaikan sumber ekonomi negara berkenaan dan mengurangkan penggantungan kepada hasil minyak, manakala di pihak Arab Saudi pula, mereka akan mengintai peluang bagi mempertingkatkan lagi pelaburan di negara ini.

Lawatan ini juga dipercayai akan mempertingkatkan lagi hubungan ketenteraan dan keselamatan diantara Malaysia dan Arab Saudi. Malaysia merupakan negara anggota dalam Pakatan Ketenteraan Negara-Negara Islam bagi memerangi keganasan yang ditubuhkan pada tahun 2015. 

Post a Comment

0 Comments