BENARKAH ARAB SAUDI MENJATUHKAN KERAJAAN UTHMANIAH TURKI?


Oleh : Anasz*

1. Jika Ibn Saud dan Muhammad bin Abdul Wahab Punca Kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah. Maka mari fikirkan semula.

2. Empayar Uthmaniah runtuh pada 1922

3. Arab Saudi tertubuh 1932

4. Abdul Aziz Al-Saud terpaksa menunggu sampai 10 tahun baru boleh nak declare sebagai raja dan tubuhkan negara??

5. Dan kalau ikutkan, tentera Bani Saud ni lemah. Buktinya 2 kali usaha Dinasti Saud untuk menyatukan negaranya dimusnahkan.

6. Kali pertama oleh Khalifah Uthamiah yang mengarahkan Muhammad Ali Pasha dari Mesir untuk mengalahkan tentera Saud. Dan akhirnya, kerajaan Saudi yang tertubuh pada 1744 itu terkubur pada tahun 1818.

7. Pada tahun 1824, setelah 6 tahun kehilangan kuasa, Bani Saud berjaya menubuhkan kembali negara mereka. Namun musnah kembali pada 1891, akibat dari perang saudara diantara tentera Abdul Rahman ibn Faisal ibn Turki (Kerajaan Saud) dengan tentera Dinasti Rashidi yang menguasai wilayah Ha'il.

8. Tapi ramai terlupa yang pada waktu berkenaan, empayar Uthamiah sendiri pun dah terlalu lemah. Perang Dunia Pertama menyaksikan betapa Uthmaniah terbeban bukan sahaja dengan kewangan tetapi juga wilayah mereka diagih-agihkan. Malah menurut Bruce Riedel, seorang strategis CIA menyatakan bahawa ketika dunia barat membahagi-bahagikan wilayah-wilayah Uthmaniah, satu-satunya tempat yang tidak direbut oleh mereka ialah wilayah Arab Saudi pada hari ini.



9. Dan peliknya, kejatuhan Kerajaan Uthmaniah ini seringkali dikatakan berpunca daripada kerajaan Saudi hari ini. Walhal, sejarah membuktikan bahawa tentera kerajaan Saudi yang hanyalah tentera kabilah tidak terdaya untuk berperang mengalahkan tentera Mesir yang bertindak atas arahan kerajaan Empayar Uthmaniah.

10. Lagi satu, aku lihat, seperti masyarakat terlupa pula peranan Mustafa Kamal Attaturk dalam mengubah corak pemerintahan negara berkenaan. Bukankah Mustafa Kamal At-Taturk merupakan personaliti utama yang menjatuh dan menguburkan Kerajaan Uthmaniah pada 1922? Jadi apa kaitan Bani Saud dalam menjatuhkan kerajaan Uthmaniah kalau Uthmaniah sendiri dah lemah dan disabotaj oleh rakyatnya sendiri?

11. Jadi.... banyakkan membaca lagi, dan jangan hanya membaca tulisan-tulisan orientalis barat. Baca juga sumber-sumber penulisan dari ilmuan Islam. Dan buat analisis. Sebabnya, tak semua yang tertulis dalam buku tu tepat dan benar. Ada gak yang temberang dan reka-reka cerita. Wakakakakak

Bacaan lain :

A) Haqiqah Manhaj Al-Mamlakah Al-'Arabiyyah As-Su'udiyyah
B) Maraqi As-Su'ud fi Tsna Al-Ulama ala Hukkam Alu Su'ud
C) Saudi Arabia : Power, Legitimacy and Survival (Niblock)
D) The Politic of Truth Management in Saudi Arabia (Afshin Shahi)
E) The Saudi Kingdom (Ali Al Shihabi)

*Penulis merupakan graduan Sarjana dalam jurusan Strategi dan Keselamatan dari UKM.

Post a Comment

0 Comments