ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Sunday, 5 March 2017

PENGENALAN TERHADAP PERANG DI SEMENANJUNG KOREA

Oleh : Anasz dan rakan-rakan*

Program pembangunan semula nuklear Korea Utara telah bermula sejak tahun 1974 apabila pemimpin Korea Utara pada ketika itu, Kim Il Sung, telah mengadakan kerjasama dengan Kesatuan Soviet bagi membantu Korea Utara dalam proses pengayaan uranium. Sekitar tahun 1970an pula, Korea Utara telah membina tapak pelancar dan mula menerima peluru berpandu SCUB B dari Kesatuan Soviet. Keghairahan Korea Utara untuk terus membangunkan senjata nuklear tidak terhenti disitu. Ini dapat dibuktikan apabila pada tahun 1980an, Korea Utara telah mengadakan kerjasama rasmi dengan pihak Jerman Timur bagi membantu Korea Utara dalam program perkembangan senjata nuklear. Dan sehingga hari ini, Korea Utara dipercayai memiliki peledak nuklear antara benua yang mana sekaligus telah meningkatkan tekanan di semenanjung Korea khasnya dan dunia amnya.

Bila berbicara mengenai ketidakstabilan di rantau Korea, pengkaji tidak dapat lari dari mengaitkan ketengangan tersebut dengan sejarah peperangan yang terjadi di rantau berkenaan. Perang Korea merupakan perang saudara yang berlatarbelakangkan era perang dingin diantara negara blok demokrasi dengan komunis. Korea Utara yang berfahaman komunis dibantu oleh China yang turut mendapat sokongan daripada Kesatuan Soviet, manakala di bahagian selatan pula, ianya di dokong oleh pasukan keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diketuai oleh Amerika Syarikat.

Sejarah terjadinya pembahagian kawasan di semenanjung Korea bermula dari era pemerintahan Jepun di wilayah berkenaan sejak dari 1910 sehinggalah penghujung berakhirnya era perang dunia II. Pada Ogos 1945, Kesatuan Soviet telah mengisytiharkan perang ke atas Jepun (dengan persetujuan dan perjanjian dengan Amerika Syarikat) dengan menguasai bahagian utara Semenanjung Korea sehingga sempadan garis lintang 38 darjah, manakala pihak Amerika Syarikat pula menguasai bahagian selatan semenanjung tersebut. Setelah Jepun menyerah kalah pada tahun 1948, semenanjung Korea terus terbahagi keapda 2 bahagian dimana memiliki kerajaan berasingan. Kedua-dua kerajaan tersebut mengakui kerajaan yang dibentuk adalah kerajaan yang sah bagi mewakili keseluruhan Semenanjung Korea sekaligus kedua-duanya menolak untuk menerima sempadan wilayah yang ditetapkan sebagai satu sempadan yang kekal dan sah.



Perang Korea tercetus pada 25 Jun 1950, apabila 75 ribu tentera Rakyat Korea Utara bergerak ke parel 38, sempadan yang memisahkan Korea Utara dengan Korea Selatan. Pencerobohan yang dilakukan oleh tentera Korea Utara ini merupakan tindakan ketenteraan yang pertama dilakukan ketika perang dingin sedang memuncak. Tindakan yang dilakukan oleh tentera Korea Utara itu telah mengundang campurtangan daripada pihak Amerika Syarikat yang menyokong pasukan tentera Korea Selatan. Pada 27 Jun 1950, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengeluarkan resolusi bagi menghantar pasukan keselamatan antarabangsa ke wilayah berkenaan. Sebanyak 17 buah negara yang mengangotai pertubuhan berkenaan menyertai misi tersebut antaranya Colombia, Amerika Syarikat, Belgium, Britain, Afrika Selatan, Kanada, Netherlands, Turki, Luxembourg, Australia, Philippines, New Zealand, Thailand, Ethiopia, Greece dan Perancis (United States Forces Korea, 2015). Amerika Syarikat sendiri merupakan penyumbang tentera terbesar dengan menghantar sebanyak 302,483 anggota tenteranya ke semenanjung Korea.

Peperangan tersebut berlansung selama 4 tahun, yang mana menyaksikan tentera Korea Utara yang mendapat bantuan dari China dan Komunis Soviet dari aspek berundur du sempadan asal, iaitu parel 38. Menjelang Julai 1953, Perang Korea akhirnya tamat dengan satu perjanjian gencatan senjata yang ditandatangani pada 27 Julai 1953, di Panmunjom, satu lokasi yang menjadi titik sempadan diantara Korea Utara dan Korea Selatan. Gencatan senjata berkenaan telah ditandatangani oleh Jeneral Nam Il yang mewakili Tentera Korea Utara dan China dengan Tentera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diwakili oleh Leftanan Jeneral Wiliam Harrison. Secara teknikal, Korea Utara dan Korea Selatan masih dalam temph peperangan kerana tidak berlaku sebarang perjanjian damai setelah gencatan senjata berkenaan ditandatangani. Dalam tempoh peperangan tersebut berlaku, dianggarkan seramai 5 juta nyawa dar pihak tentera dan orang awam terkorban dalam peperangan tersebut.

Peperangan yang berlaku diantara Korea Utara dan Korea Selatan bukanlah perebutan wilayah semata-mata, sebaliknya ianya merupakan sebuah peperangan yang tercetus akibat dari perbezaan ideologi. Ketika itu ideologi komunis yang didokong oleh China dan Soviet bertembung dengan ideologi demokrasi yang diketengahkan oleh Amerika Syarikat. Menurut K.Ramanathan (1988), Ideologi komunis merupakanm ideologi yang membawa idea-idea Karl Marx yang mana beliau mempercayai bahawa setiap harta benda dalam negara dimiliki oleh masyarakat secara bersama dan semua rakyat menikmati kekayaan umumberdasarkan kepada keperluan mereka. Manakala demokrasi pula merupakan sistem politik yang diurus oleh rakyat dalam satu-satu komuniti masyarakat. Berbanding dengan sistem komunis yang meletakkan bahawa setiap harta benda dalam negara adalah milik negara, demokrasi pula dijulang dengan sistem perekonomian kapitalis dimana setiap harta kekayaan dalam sesebuah negara adalah milik individu yang berusaha memilikinya. Asmady Idris (2008) menyatakan, setelah kejatuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1991, dunia hari ini dikawal oleh Amerika Syarikat. Amerika Syarikat kini merupakan satu-satunya kuasa hegemoni pada abad ke 20 yang berupaya untuk mentadbir dunia global secara 'bersendirian'.

Sumber :

Asmady Idris. 2000. Amerika Syarikat Satu Kuasa Hegemoni Dunia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

K.Ramanathan. 1988. Konsep Asas Politik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

United States Forces Korea. United Nation Command. http://www.usfk.mil/About/United-Nations-Command/.

*Penulis dan rakan-rakannya merupakan graduan sarjana dalam bidang strategi dan keselamatan dari UKM. Hasil penulisan ini merupakan sebahagian dari tugasan bersama.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute