ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 1 March 2017

UNIVERSITI MEDAN KEBANGKITAN UMMAH - RAJA SALMAN

KUALA LUMPUR, 28 Feb — Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud menggesa universiti di dunia Islam memastikan kesediaan dan kelayakan generasi muda untuk membantu ummah mendapatkan semula kehebatannya.

Raja Arab Saudi itu bertitah pengetahuan yang diperoleh boleh dikongsi untuk manfaat masyarakat dunia yang lebih luas.

Belia, titah baginda merupakan harapan dan juga masa depan masyarakat Islam.

“Universiti di dunia Islam mempunyai tanggungjawab yang berat dalam menyediakan mereka menghadapi tugas mencabar pada masa depan,” titah baginda.

Raja Salman bertitah demikian dalam ucapan penerimaan baginda selepas dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik (Islam dan Wasatiah) dan Anugerah Pencapaian Cemerlang Sepanjang Hayat oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada konvokesyen khas di sini malam ini.

Anugerah dipersembahkan kepada baginda oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah selaku Ketua Perlembagaan universiti.

Raja Salman bertitah Islam mempunyai apa yang diperlukan untuk membolehkan ummah bangkit semula sebagai sebuah tamadun.

“Pendidikan merupakan satu cara untuk kita mencapai kemajuan dan pembangunan peradaban dalam bidang pengetahuan dan sains,” titah baginda.

Istiadat penganugerahan itu merupakan acara rasmi terakhir baginda dalam lawatan negara empat hari ke Malaysia atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Lawatan itu berakhir 1 Mac 2017, dan baginda akan berangkat ke Indonesia bagi meneruskan misi lawatan Asianya.

Sumber : Bernama

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute