ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Friday, 21 April 2017

ADAM ROSLY BUKTIKAN ERA KEPIMPINAN NAJIB RAZAK BERJAYA LAHIRKAN RAMAI JUTAWAN MUDA



Oleh : Jebat

Setuju atau tidak, mahu atau tak mahu, kita kena akui bahawa era pemerintahan Najib Razak berjaya melahirkan ramai jutawan muda termasuklah Adam Rosly (Cuma bagaimana dia menipu untuk mendapatkan kekayaan tu, kena tanya dia lah)

Dalam sidang medianya sebelum-sebelum ini, beliau menyatakan bahawa, kekayaan yang dimilikinya adalah hasil usahanya sendiri. Maka perlu diingatkan, usahanya itu juga adalah nikmat dari kemajuan yang dilakukan oleh kerajaan dari era pemerintahan Tunku Abdul Rahman sehinggalah pemerintahan Perdana Menteri terkini.



Dan jika dibandingkan kehidupan pembangkang zaman Mahathir, pastilah jauh lebih susah dari era pimpinan Najib Razak yang lebih terbuka (dengan ketiadaan I.S.A). Era Mahathir menyaksikan banyak diantara pemimpin dan penyokong pembangkang ditahan di pusat tahanan di Kemunting, Perak, sekaligus menyebabkan kehidupan seharian dan keluarga mereka susah (ekoran kehilangan sumber pendapatan dari suami yang ditahan). Dan Adam Rosly membuktikan bahawa, kehidupan pembangkang hari ini adalah jauh lebih senang dari pembangkang zaman Mahathir.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute