ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 18 April 2017

HUBUNGAN MALAYSIA DENGAN ARAB SAUDI

Oleh : Jebat*

Tahukah anda, ketika pemerintah Arab Saudi menjemput tentera Indonesia untuk datang membuat latihan peperangan dengan mereka di padang pasir di Arab Saudi, pihak pemerintah Indonesia menolak permintaan berkenaan.

Aku tak nak komen mengenai tindakan pemimpin Indonesia, kerana setiap negara ada polisi dan dasar luarnya sendiri, yang mana perlu dihormati.

Sebaliknya dengan Malaysia, apabila diminta, kepimpinan negara kita dengan bangganya menerima jemputan untuk menghantar pasukan tentera kita berlatih di negara berkenaan.

Tentunya tindakan Malaysia (Satu-satunya negara majoriti sunni Muslim di Asia Tenggara menghantar pasukan tentera Malaysia ke Saudi) dipandang oleh kerajaan Arab Saudi.





Ditambah lagi dengan investment yang Malaysia lakukan di beberapa projek infrakstuktur di Arab Saudi selain hubungan rapat secara peribadi diantara Perdana Menteri Malaysia dengan Almarhum Raja Abdullah, Raja Salman ditambah lagi dengan faktor sejarah, hubungan rapat almarhum Tunku Abdul Rahman dengan abang tiri Raja Salman, Raja Faisal pastinya memberikan banyak kelebihan kepada Malaysia.




Tatkala Arab Saudi memerlukan sokongan dan bantuan, terutama sekali apabila media dan masyarakat barat menghentam mereka ekoran tindakan negara berkenaan dan negara-negara Arab / Islam yang lain melancarkan operasi membebaskan Yaman dari Syiah Houthi yang didokong oleh Kerajaan Syiah Iran, apakah Malaysia akan mendiamkan diri dan tidak menghulurkan bantuan?

Jadi,

Bila Arab Saudi melabur lebih banyak di negara ini berbanding negara jiran, maka ketahuilah bahawa ianya bukan jadi secara tiba-tiba. Ianya adalah perancangan yang teliti oleh pakar-pakar pelaburan di MITI, Pakar-pakar diplomasi dan hubungan antarabangsa di Kementerian Luar Negeri, pakar-pakar dalam bidang pertahanan di Kementerian Pertahanan dan agensi-agensi dibawahnya selain visi jauh Perdana Menteri sendiri yang melihat peluang yang bakal diperolehi oleh Malaysia sekiranya kita berbaik-baik dengan Arab Saudi.

Mungkin korang terlupa, waktu pelajar Malaysia terkandas di Mesir gara-gara Arab Spring, Arab Saudilah satu-satunya negara yang beri kemudahan dan bantuan kepada pasukan Malaysia (yang terlibat dalam Ops Piramid) menjadikan negaranya sebagai negara transit mengeluarkan pelajar Malaysia. Siap bagi guna Jumbo Jet Boeing 747 Saudi Airlines secara PERCUMA! Tak percaya korang tengok video kat bawah ni!



Inilah dikatakan konsep timbal balik.

Cuma macam MP PAN macam Mujahid Yusof Rawa (Ahli Parlimen PAN - Parit Buntar) dan Raja Kamarul Bahrin Shah (Ahli Parlimen PAN - Kuala Terengganu) tak suka Malaysia berbaik-baik dengan Arab Saudi. Sebabnya, apa yang dilakukan oleh Arab Saudi ini, pada pandangan Mujahid adalah satu jenayah perang (Sedangkan apa yang dilakukan oleh Arab Saudi dan negara sekutunya adalah permintaan dari Kerajaan Sah Yaman dan selaras dengan resolusi PBB 2216), manakala Raja Kamarul pula menganggap Arab Saudi adalah sekutu Amerika.




Tambah pelik plak, kedua-dua MP ni tak kritik plak Syiah Houthi dan penglibatan Iran dalam konflik di Yaman yang menjadi punca kepada keadaan tidak stabil di negara Arab termiskin itu.

Inilah sikap neo-Khawarij. Bila kita tak bantu negara Islam, dorang persoal. Bila kita bantu, pun diorang persoal. Dia ingat dia Ahli Parlimen dia tau semua benda ka? Kepala hotak korang berdua la!!!!

P/.S : Pembangkang Mengajar Anda Menjadi Banggang.

#PembangkangBanggang
#PembangkangMengajarAndaJadiBanggang
#Negaraku

*Penulis mengucapkan terima kasih kepada Anasz (graduan sarjana dalam bidang Strategi dan Keselamatan dari UKM) kerana banyak memberikan input kepada penulis mengenai peranan Arab Saudi dalam arena antarabangsa.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute