RAJA SALMAN LANTIK ANAKNYA SEBAGAI DUTA ARAB SAUDI BARU KE AMERIKA SYARIKAT

Oleh : Anasz*

Khadimul Haramain As-Syarifain, Salman bin Abdul Aziz Al-Saud Hafizahullah melantik anaknya, Putera Khaled bin Salman bin Abdul Aziz Al-Saud sebagai duta Arab Saudi yang baru ke Amerika Syarikat mengantikan tempat Putera Abdullah bin Faysal bin Turki.

LATAR BELAKANG KHALED BIN SALMAN

PENDIDIKAN.

Putera Khalid memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Aero Angkasa dari Akademi Udara Raja Faisal. Beliau kemudiannya menyambung pelajarannya di Amerika Syarikat di Universiti Harvad dalam bidang Keselamatan Nasional dan Antarabangsa, selain turut mempelajari bidang peperangan elektronik di Paris.

Beliau telah melanjutkan pelajaran (pasca siswazah) di Georgetown University dalam bidang Pengajian Keselamatan, namun tertangguh ekoran menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh ayahanda beliau sebelum dilantik menjadi Duta Arab Saudi di Amerika Syarikat.

KARIER DALAM KETENTERAAN

Selepas bergraduasi dari Akademi Udara Raja Faisal, Putera Khaled menyertai Tentera Udara Diraja Arab Saudi. Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang juruterbang dengan menerbangkan dua pesawat model Texan-6 dan T-38 semasa menerima latihan di Columbus Air Force Base di Mississippi.

Beliau seterusnya menyertai program latihan juruterbang bagi pesawat F-15 dan diberikan tugas tambahan sebagai pegawai perisikan taktikal di 3rd Flying Wing yang terletak di Pengkalan Udara Abdul Aziz di Dhahran, Arab Saudi.


Dilatih sebagai seorang juruterbang jet pejuang, Khaled yang mempunyai rekod penerbangan selama seribu jam ini telah menyertai pelbagai operasi udara seperti operasi serangan ke atas kedudukan Daesh (yang turut melibatkan negara-negara lain seperti Jordan, Turki dan US.). Beliau turut mengambil bahagian dalam Operation Decisive Storm dan Operation Renewal of Hope yang tertumpu kepada membebaskan Yaman dari cengkaman Syiah Houthi.

KARIER PASCA TENTERA

Beliau bertugas ke pejabat Menteri Pertahanan selepas sebab-sebab kesihatan sekaligus menamatkan karier beliau sebagai juruterbang pesawat pejuang. Beliau kemudiannya menjadi penasihat kanan (awam) di Kementerian Pertahanan Arab Saudi selepas menamatkan tempoh perkhidmatan dalam ketenteraan.

Penghujung 2016, beliau diarahkan berpindak ke Amerika Syarikat dan dilantik menjadi penasihat kepada Kedutaan Arab Saudi di Arab Saudi.

Tambahan : Kami tak tau anak Raja Salman ni ada berapa orang sebenar-benarnya. Ada cakap 3. Ada cakap 5. Ada cakap 9. Isterinya juga kami tak tau berapa.




* Penulis merupakan graduan sarjana dalam bidang Strategi dan Keselamatan dari UKM.

Post a Comment

0 Comments