ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 18 April 2017

"SIX PARTY TALK" - SUATU PENGENALAN


Oleh : Anasz dan rakan-rakan*

'Six Party Talk' atau Rundingan Enam Pihak telah dilancarkan pada tahun 2003 bertujuan untuk menghentikan program nuklear Korea Utara melalui rundingan yang melibatkan China, Amerika Syarikat, Korea Utara, Korea Selatan, Jepun dan Russia. Rundingan ini tidak berjalan lancar sepertimana program 5P+1 (pembincangan 5 kuasa besar dunia dengan Iran bagi menghentikan Nuklear Iran) dan ditangguh dan terhalang selama bertahun-tahun berikutan ulangan ujian peluru berpandu Korea Utara dan provokasi-provokasi lain. Proses ini menemui jalan buntu apabila Pyongyang berundur daripada rundingan pada tahun 2009, dan setahun kemudian mengumumkan keupayaan pengayaan uranium berskala besar kepada saintis Amerika Syarikat yang datang melawat ke Korea Utara.

Di bawah pentadbiran pemimpin baru, Kim Jong-Un, Korea Utara mengumumkan ia akan menangguhkan ujuan nuklear dan membenarkan pemeriksa antarabangsa untuk memantau moratorium (penangguhan aktiviti berterusan ujian nuklear) sebagai pertukaran untuk bantuan makanan dari Amerika Syarikat pada awal tahun 2012. Namun pelancaran peluru berpandu jarak jauh pada akhir tahun 2012 dan satu lagi ujian pada awal tahun 2013 yang mencabar resolusi PBB telah mendorong Moscow untuk memaksa Pyongyang kembali ke meja rundingan.

Baru-baru ini, China telah meningkatkan usaha untuk menjalankan semula rundingan dengan menghantar ketua utusan nuklearnya ke Pyongyang awal bulan September 2013 dan tidak lama selepas itu mencadangkan untuk mengadakan mesyuarat tidak rasmi antara peserta 'Six Party Talk'. Amerika Syarikat enggan meneruskan rundingan, namun menegaskan bahawa Pyongyang perlu komited untuk menghapuskan program nuklearnya sebelum melancarkan semula perbincangan dengan pihak-pihak yang lain. 'Six Party Talks' yang menandakan perubahan arah dasar ketidaklibatan antara Washington dan Pyongyang, bermula pada Ogos 2003 dengan beberapa pusingan rundingan yang membawa kepada perjanjian September 2005 di mana Pyongyang bersetuju untuk meninggalkan usahanya melaksanakan program pembinaan senjata nuklear.

Sebelum ini, bekas Presiden George W. Bush telah menyenaraikan Korea Utara dalam 'Axis of Evil' atau Paksi Kejahatan semasa 'State of Union' dibentangkan pada tahun 2002. CIA telah membuat kesimpulan pada akhir tahun itu bahawa Pyongyang telah meneruskan program pengayaan uranium yang melanggar perjanjian '1994 normalization agreement'. Korea Utara mengakui aktivitinya dan kemudian menarik diri daripada 'Nuclear Nonproliferation Treaty (NPT)', dan memulakan semula program pengayaan plutonium dan menghalau keluar pemeriksa dari International Atomic Energy Agency (IAEA) dari negara berkenaan. Pada Mac 2013, keteganggan terus memuncak apabila pesawat pejuang Korea Utara memintas pesawat pengintip Amerik Syarikat di Laut Jepun, yang mendorong Amerika Syarikat, Korea Utara dan China menangguhkan perbincangan tiga hala di Beijing sebulan kemudian sebagai permulaan untuk persaingan pertama Six Party Talk.

Pada September 2005, Korea Utara akhirnya bersetuju untuk memberhentikan program nuklearnya dan menyertai semula NPT serta membenarkan kemasukan semula pemantau dari IAEA sebagai pertukaran untuk program bantuan makanan dan tenaga. Perjanjian ini juga membuka jalan bagi Pyongyang untuk memulihkan semula hubungannya dengan Amerika Syarikat dan Jepun serta mennggerakkan semula rundingan damai bagi Semenanjung Korea. Namun, Jabatan Perbendaharaan A.S telah meletakkan sekatan kepada Banco Delta Asia yang berpengkalan di Macau kerana Washington mengesyaki ianya melabur jutaan dolar untuk kerajaan Korea Utara. Kerajaan Macau memberikan respon dengan membekukan kira-kira lima puluh akaun yang disyaki berkaitan dengan kerajaan Korea Utara. Tindakan ini telah menyebabkan kerajaan Korea Utara bertindak meningkatkan lagi provokasi dengan mengadakan ujian peluru berpandu jarak jauh dan melancarkan ujian nuklear bawah tanah buat kali pertama pada tahun 2006.

Tindakan Korea Utara tersebut menyebabkan sekutu rapatnya, China menekan negara berkenaan untuk kembali ke meja rundingan. Semasa pusingan keenam yang berlansung pada bulan Februari 2007, negara-negara yang terlibat dalam Six Party Talk ini telah mengemukakan pelan 'denuclearization' yang bertujuan memberikan masa selama 60 hari untuk Pyongyang membekukan program nuklearnya sebagai pertukaran bantuan dan pelepasan Banco Delta Asia.

Proses ini mula menampakkan hasil pada tahun 2007 apabila Pyongyang mula menghentikan program pengayaan nuklearnya dan membuang beribu-ribu batang bahan bakar dibawah penyeliaan dari pakar-pakar dari Amerika Syarikat. Menurut Scott Snyder dari Jabatan Luar Negara Amerika, sehingga kini, Six Party Talk hanya melahirkan kemajuan yang sedikit dalam menghapuskan senjata nuklear Korea Utara. Namun begitu, dalam masa yang sama, proses mengurangkan kemampuan Korea Utara dalam memproses plutonium terus dijalankan, malah Pyongyang mengadakan lebih banyak konsesi dan memberikan maklumat, data dan butiran kepada masyarakat antarabangsa sebagai merungkai fakta pengurangan aktiviti nuklearnya.

Sebagai timbal balas diatas tindakan Korea Utara itu, pentadbiran Amerika dibawah Presiden Bush telah mengurangkan sekatan ke atas negara berkenaan dan mengeluarkan Korea Utara dari senarai negara penaja keganasan. Namun begitu, dalam masa yang sama, Pyongyang gagal untuk bersetuju dengan protokol pengesahan untuk program nuklearnya menjelang akhir pentadbiran Bush, sekaligus mengeruhkan kembali hubungan diantara kedua buah negara tersebut.

Pentadbiran Obama telah memberikan isyarat awal bahawa ia akan bersedia untuk melibatkan Pyongyang, tetapi pelbagai ujian peluru berpandu diikuti oleh ujian nuklear pada Mei 2009 oleh Korea Utara memaksa Amerika Syarikat mengemukakan cadangan kepada Majlis Keselamatan PBB bagi mengenakan sekatan yang lebih tinggi terhadap negara berkenaan. Sepanjang 2010, Korea Utara meneruskan provokasinya yang mana pada kali ini tentera Korea Utara menenggelamkan sebuah kapal milik tentera Korea Selatan dan mendedahkan kemudahan pengayaan Uranium baru dan reaktor nuklear di Yongbyon. Pada bulan Julai dan Oktober 2011, Washington dan Pyongyang telah mengadakan perbincangan dua hala di mana Korea Utara menyatakan bahawa negara berkenaan akan kembali ke meja rundingan Six Party Talk sekiranya tidak ada pra-syarat yang diletakkan ke atas negara berkenaan.

Pada Februari 2012, dibawah pentadbiran baharu Korea Utara, Pyongyang bersetju untuk kembali ke meja rundingan (Six Party Talk), menggantung ujian nuklearnya dan membenarkan kembali agensi PBB, IAEA kembali ke negara berkenaan. Namun begitu, pada bulan Disember, Korea Utara telah melancarkan ujian roket jarak jauh yang dilihat sebagai salah satu ujian peluru berpandu balistik oleh masyarakat antarabangsa. Tindakan Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu ini telah menyebabkan Majlis Keselamatan PBB mengundi untuk meletakkan tekanan dan sekatan yang lebih kuat terhadap Korea Utara. Korea Utara bertindak balas dengan keputusan Majlis Keselamatan PBB dengan menjalankan ujian nuklear bawah tanah yang mana dianggarkan mempunyai kuasa pemusnah dua kali ganda dari siri ujian nuklear kali pertama yang dilakukan oleh negara berkenaan.

Tindakan Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu dan nuklear bawah tanah ini telah dikecam oleh masyarakat antarabangsa termasuk sekutunya China dan Russia yang turut terlibat dalam Six Party Talk ini. Majlis Keselamatan PBB yang diketuai oleh China dan Amerika Syarikat telah meluluskan pusingan baharu sekatan pada Mac 2013 yang menyebabkan Korea Utara dikenakan sekatan dalam urusan perbankan dan perdagangan. Undi sebulat suara ini diluluskan dengan pantas hanya beberapa jam selepas Korea Utara mengancam untuk melakukan 'mogok nuklear'.

Penganalisis Geostrategi Korea, Scott Synder dari Council of Foreign Relation berkata, semua sekatan yang dicadangkan itu kurang memberikan kesan kepada Korea Utara kerana ianya tidak memaksa Korea Utara untuk menghapuskan program nuklearnya selain hanya memaksa Korea Utara kembali ke meja rundingan semata-mata. Pada September 2013, Beijing cuba menjadi penganjur dalam Six Party Talk walaupun terdapat laporan yang menyatakan Korea Utara telah memulakan kembali aktiviti pengayaan uraniumnya di Yongbyon. Ini sekaligus menyebabkan pihak-pihak yang terlibat dalam Six Party Talk seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan memboikot majlis berkenaan ekoran Korea Utara enggan memberikan komitmen dalam perbincangan anjuran China.




*Penulis dan rakan-rakannya merupakan graduan sarjana dalam bidang strategi dan keselamatan dari UKM. Hasil penulisan ini merupakan sebahagian dari tugasan bersama.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute