ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Sunday, 21 May 2017

MASA BERLEMBUT DENGAN IRAN SUDAH TAMAT

Oleh : Anasz*

Zaman Allahyarham Raja Abdullah memerintah Arab Saudi. Beliau lebih berlembut dengan Iran malah ada yang menyatakan bahawa, zaman pemerintahan beliau, hubungan diplomatik Iran - Arab Saudi berada di tahap terbaik.

Namun setelah berlakunya Arab Spring, selain turunnya Ahmadinejad dari kerusi kepresidenan dan Iran ditadbir oleh Hasan Rouhani. Raja Abdullah mula mengambil langkah menjarakkan diri.

Ingatkah fanomena Arab Spring yang berlaku di Bahrain yang menyaksikan rakyat Bahrain yang majoriti Syiah (Bahrain majoriti rakyatnya Syiah diperintah oleh Raja yang beraqidah Ahli Sunnah) hampir-hampir menumbangkan kerajaan negeri kecil berkenaan.



Atas permintaan Hamad bin Isa bin Salman Al Khalifa, Raja Bahrain, Arab Saudi dan UAE bertindak menghantar pasukan keselamatan mereka ke negara berkenaan, bagi mematahkan kebangkitan Syiah di sana (tindakan ini adalah sebahagian dari perjanjian Peninsular Shield Forces). Malaysia pun ada offer diri kalau tak salah. Dan akhirnya, kebangkitan 'rakyat' di negara pulau berkenaan akhirnya berjaya diredakan.

Kemangkatan Raja Abdullah pada 2015 dan digantikan oleh putera mahkota pada ketika itu, Salman bin Abdul Aziz. Berbanding Raja Abdullah yang kelihatan banyak berlembut dengan Iran, Raja Salman yang terkenal dengan karekter tegas selain dikenali sebagai 'guru disiplin' dalam keluarga diraja Al-Saud, melihat Iran sebagai sebuah negara yang tidak boleh diberikan muka.

Pengkaji Keselamatan dalam rantau MENA (Middle East and North Africa) amat terkejut dengan tindakan Raja Salman yang mengarahkan tentera udara Arab Saudi melancarkan serangan udara ke atas kedudukan Syiah Houthi di Yaman. Ini adalah suatu diluar kebiasaan Arab Saudi, yang selama ini lebih gemar membiarkan Amerika Syarikat bertindak terlebih dahulu dalam meredakan konflik yang berlaku di rantau berkenaan.



Dibawah pemerintahan beliau, menyaksikan hubungan diplomatik antara kerajaan Iran dan Arab Saudi berada di tahap terburuk. Proses pemodenan Arab Saudi melalui vision 2030 dan Transformation Plan 2020 adalah sebahagian strategi Arab Saudi mempersiapkan negara berkenaan berhadapan dengan keadaan yang tidak menentu (dengan kejatuhan harga minyak mentah dunia). Terbaru Arab Saudi buat kali pertamanya mempertontonkan kepada masyarakat dunia, kemampuan negara berkenaan menghasilkan drone pemusnah yang dinamakan Saqr 1. Drone yang dibina oleh pasukan King AbdulAziz City for Science and Technology (KACST) ini dilihat sebagai salah satu cara Arab Saudi melakukan Deterrence (Cegah Rintang) kepada Iran.

Malah dalam satu temuramah tv dengan Menteri Pertahanan Arab Saudi merangkap timbalan putera mahkota negara berkenaan, Mohammad bin Salman menyatakan, sudah tiba masanya peperangan dialihkan ke sempadan negara yang menjadi penaja kekacauan.




* Penulis merupakan graduan dalam bidang Strategi dan Keselamatan dari UKM

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute