ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Monday, 12 June 2017

TIDAK ADA HALANGAN BUAT JEMAAH QATAR BERIBADAH DI MAKKAH DAN MADINAH

Oleh : RPM

KUALA LUMPUR, 12 JUN 2017 : Susulan dakwaan media milik Qatar, Al-Jazeera yang menyatakan bahawa pihak berkuasa Arab Saudi melarang rakyat Qatar memasuki Makkah dan Madinah, Pihak Berkuasa Pengurusan Dua Masjid Suci telah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan berkenaan. 

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh The General Presidency of the Affairs of the Two Holy Mosques di laman web mereka menyatakan;

"Para jemaah terutama saudara kami yang datang dari Qatar amat dekat persaudaraanya dengan kami dari mula mereka memasuki tanah haram sehinggalah mereka meninggalkanya. Sehingga Ahad yang lalu, Arab Saudi telah menerima kehadiran sebanyak 1,633 jemaah Qatar yang melaksanakan ibadah umrah."



Pada Jumaat yang lalu, pihak imegresen Arab Saudi membenarkan 206 jemaah Qatar melepasi pintu sempadan Salwa bagi membolehkan mereka menunaikan umrah.

Dalam masa yang sama, pada hari yang sama dimana 4 negara Arab memutuskan hubungan termasuk dengan Qatar (dimana Arab Saudi merupakan salah sebuah negara yang memutuskan hubungan dengan Qatar), kerajaan Arab Saudi mengisytiharkan bahawa pihak berkuasa Arab Saudi akan memberikan kesemua kemudahan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh jemaah Arab Saudi selagi mana mereka berada di dalam negara berkenaan.

Sumber :

https://www.gph.gov.sa/ar-sa/Pages/news-details.aspx?nID=25711
https://english.alarabiya.net/en/News/gulf/2017/06/12/Saudi-Arabia-denies-rumors-of-Qataris-denied-entry-into-Mecca.html
http://www.aljazeera.com/news/2017/06/reported-saudi-blocking-qatari-pilgrim-condemned-170610223616958.html

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute