ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 4 July 2017

ISRAEL HANTAR PESAWAT KE ARAB SAUDI UNTUK BANTU RAJA SALMAN? FAKTA ATAU AUTA?

Fars News Agency merupakan agensi berita milik kerajaan Iran.
Oleh : Anasz*

Saya ada terbaca komentar yang dinaikkan oleh seorang pegawai di Kedutaan Arab Saudi mengenai 'berita palsu' yang mendakwa bahawa Israel telah menghantar pesawat pejuangnya ke Arab Saudi bagi menghalang berlakunya kudeta yang dikatakan diketuai oleh mantan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohamad bin Nayef (Mbn). Berdasarkan laporan media berkenaan, dikatakan bahawa Mbn sedang merancang 'kudeta' bagi menumbangkan kerajaan Arab Saudi pimpinan Raja Salman bin Abdul Aziz Al-Saud. Saya cukup yakin bahawa berita itu adalah berita palsu, namun disebabkan barangkali akan timbul kenyataan dari 'pakar-pakar geopolitik dan geostrategi antarabangsa', maka ada baiknya saya lontarkan sedikit pandangan dan persoalan kepada mereka yang bakal mempercayai 'berita' berkenaan.

1. Mbn tidak pernah menjadi tentera atau mengetuai Angkatan Bersenjata Diraja Arab Saudi. Sebaliknya, jawatan beliau ketika berada dalam kabinet kerajaan Arab Saudi adalah sebagai seorang Menteri Dalam Negeri. Jadi bagaimana pula dia boleh mempengaruhi pihak tentera sedangkan beliau sendiri tidak pernah mentadbir kementerian berkenaan ataupun menjadi anggota tentera Diraja Arab Saudi?

2. Dalam mana-mana kudeta yang berlaku diseluruh dunia, ianya akan diketuai oleh jeneral tentera dan bukannya bekas menteri. Dalam hal ini, siapakah jeneral tentera dalam hiraki ketenteraan Arab Saudi yang bersama dengan Mbn (jika dakwaan itu benar)? 

3. Dalam mana-mana kudeta yang berlaku di seluruh dunia, kita akan lihat bahawa tentera darat akan memainkan peranan utama dalam melakukan kudeta bagi menumbangkan kerajaan. Jadi apa singnifikan Israel menghantar pesawat pejuang mereka ke Arab Saudi sedangkan yang sepatutya berlaku ianya mereka menghantar pasukan tentera darat mereka ke sana untuk 'menghalang' dan 'membantu' Raja Salman dari kudeta. Sebabnya, kudeta berlaku di darat bukannya di udara.

4. Arab Saudi tidaklah sebodoh dari apa yang disangka. Mereka tinggal di persekitaran yang menyaksikan pelbagai bentuk kudeta. Seperti di Yaman dimana kerajaan beraja Mutawakkilite Yaman tumbang akibat kudeta oleh pihak tentera yang menyaksikan tertubuhnya kerajaan Yaman Utara, runtuhnya kerajaan beraja di Mesir (sistem beraja di Mesir tertegak pada tahun 1922) pada tahun 1953 hasil dari revolusi Mesir 1952 dan di negara-negara lain menyaksikan pemerintah Arab Saudi amat mengetahui bahaya membiarkan pengaruh jeneral dalam pasukan tentera diraja Arab Saudi. Untuk itu, keluarga diraja Arab Saudi akan memastikan bahawa Kementerian Pertahanan Arab Saudi berada dibawah pengaruh mereka selain menempatkan keturunan-keturunan mereka dalam unit-unit tertentu dalam hiraki ketenteraan Arab Saudi.

5. Selain itu, kebanyakkan anak-anak dari keturunan keluarga diraja Al-Saud diberikan tugas yang signifikan di kementerian-kementerian strategik seperti di Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pengawal Kebangsaan. Maka sebelum berlakunya kudeta, maka pastinya keluarga diraja Al-Saud mengetahuinya terlebih dahulu.

6. Bagi memastikan tidak berlaku coup d'etat, Keluarga Diraja Arab Saudi mewujudkan kumpulan tentera mereka sendiri yang dinamakan Pengawal Kebangsaan Arab Saudi (Saudi Arabia National Guard).

7. Saudi Arabia National Guard (SANG) ini tidak berada dibawah cabang Angkatan Tentera Diraja Arab Saudi di dalam Kementerian Pertahanan Arab Saudi, sebaliknya SANG ini berada dibawah Kementeriannya sendiri. Malah SANG mempunyai akses langsung dengan Raja Arab Saudi dalam urusan-urusan keselamatan.

8. Keanggotaan SANG adalah berasaskan kepada pewarisan. Dimana kesemua anggota SANG dipilih bersandarkan kepada kabilah-kabilah Arab yang secara turun-temurun telah berjanji untuk setia dengan keluarga diraja Arab Saudi sejak penubuhan negara berkenaan oleh Raja Abdul Aziz Al-Saud pada tahun 1932.

9. Jadi apa keperluan Raja Salman mendapatkan bantuan daripada Israel sedangkan mereka sendiri sudah ada SANG yang bertindak sebagai 'counter' kepada tentera yangs sedia ada?

10. Lebih melawakkan ialah, untuk apa Raja Salman meminta bantuan daripada Israel yang pastinya memberikan impak buruk kepada politik dan popularitinya, sedangkan dia boleh sahaja meminta bantuan dari U.S? Bukankah itu lebih logik. Kerana U.S ada hubungan diplomatik dengan Arab Saudi.

Kesimpulan 

Berfikir panjanglah sebelum nak 'share' atau hendak berhujjah. Jangan mudah untuk menerima dan menyebarkan berita-berita palsu yang tak diketahui daripada mana sumbernya. Buatlah research terlebih dahulu sebelum anda membenarkan berita yang anda terima. Dan jangan bimbang, Arab Saudi tidak akan berlaku kudeta seperti Qatar.

Tambahan : Kami mendapat berita bahawa terdapat satu video yang menyatakan bahawa Perdana Menteri Israel mengakui negaranya mempunyai hubungan erat dengan Arab Saudi. Sebelum anda nak mempercayai kata-kata pemimpin Israel tersebut, boleh tak anda tampilkan komen balas dari pemerintah Arab Saudi yang membenarkan pandangan Israel itu atau video yang mana pemerintah Arab Saudi pernah meraikan kedatangan pemimpin Israel ke Arab Saudi.


Bacaan tambahan :

1. J.E Peterson, 2002. Saudi Arabia and The Illusion of Security. Oxford : The International Institutes for Strategic Studies

2. Tim Niblock, 2006. Saudi Arabia : Power, Legitimacy and Survival. Oxon : Routledge

3. Anthony H. Cordesman & Khalid R. Al-Rodhan, 2008. Gulf Military Forces In An Era Of Asymmetric Wars (Vol 1). London : Praeger Security International 

4. Afshin Shashi, 2013. The Politics of Truth Management in Saudi Arabia. Oxon : Routledge

5. Paul Aarts & Corolien Roelants, 2016. Saudi Arabia A Kingdom In Peril. London : Hurst & Company

* Penulis merupakan graduan Sarjana dalam bidang Strategi dan Keselamatan dari UKM.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute