ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 2 August 2017

BEBAN ARAB SAUDI : BUAT SALAH, TAK BUAT PUN SALAH.


Oleh : Ahmad Fazrin Yahya*

Ramai yang komen bahawa Raja Salman memang patut pun buka pintu Al-Aqsa sebab Arab Saudi rapat dengan Israel.

Hakikatnya tiada bukti yang rasmi lagi setakat ini yang bisa mengesahkan hubungan kedua negara ini apatah lagi bukti adanya hubungan diplomatik melainkan sekadar takwilan-takwilan berasaskan hubungan Arab Saudi - Amerika Syarikat.

Anehnya ibarat pemikiran hipokrit sepertimana yang dikomen oleh Menteri Luar Arab Saudi Adel Jubair (hafizahullaah), apabila Arab Saudi (yang tiada hubungan politik dengan Israel) tidak bertindak dalam mengepalai apa-apa isu umat Islam, semua mempersoalkan di mana peranan Saudi. Bila mana Arab Saudi mengetuai dan menginisiatifkan gerakan-gerakan menyelesaikan isu umat Islam, macam-macam pula dikecam dan difitnah. 



Kenapa tidak pula dilihat peranan Raja Salman dalam isu Al-Aqsa ini sebagai komitmen Arab Saudi kepada kerajaan Palestin yang telah lama menerima pembelaan dan sokongan dari Saudi? Dan kenapa pula tidak persoalkan negara-negara Arab yang punya hubungan diplomatik dan sering dengan bangganya bersalaman dengan wakil-wakil diplomati Israel untuk memainkan peranan dalam isu ini?

Kesimpulannya, siapa yang reti ilmu diplomasi dan tahu mahalnya nilai hubungan itu akan faham kenapa Israel terkedek-kedek mengikut dan memberi respon kepada arahan Raja Salman bahkan menjemput pula baginda datang menyelia fasiliti keselamatan yang baru dibina oleh kerajaan Zionis itu.

Ini kerana Israel memang tersangat inginkan hubungan dengan Arab Saudi. Apabila pemimpin nombor satu Saudi sendiri menggunakan kapasiti peribadi baginda untuk mengarah tanpa perlu melalui Menteri Luar, ia bermakna baginda amat serius inginkan natijah positif daripada arahan tersebut.



Sebab itulah apa sahaja respon Arab Saudi atau apa-apa berita Arab Saudi yang mungkin boleh sahaja dikaitkan dengan Israel, maka media Israel akan laporkan dengan pantas, sepertimana pernah berlaku beberapa tahun lepas (tapi berita ini dihangatkan kembali saat isu Qatar bermula) ada gambar yang tidak dipastikan kebenarannya berkaitan pemuda-pemuda Arab Saudi dan Israel yang didakwa bergambar bersama hasil dari hubungan kerjasama pendidikan Arab Saudi dan Israel. Satu fitnah yang sebenar amat kelakar jika disampaikan kepada warga Saudi tapi ia tular dan ada tokoh agamawan di negara kita yang hampir mempercayainya.

*Penulis merupakan pegawai di Pejabat Kaunselor Islam, Kedutaan Diraja Arab Saudi, Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute