ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Thursday, 19 October 2017

PASUKAN KESELAMATAN QATAR SERBU ISTANA SYEIKH SULTAN #KRISISQATAR


Transkrip Bahasa Inggeris dibawah

Abu Dhabi, Doha, Kuala Lumpur - Satu serbuan telah dilakukan oleh Pasukan keselamatan Qatar ke atas Istana Syeikh Sultan bin Suhaim Al-Thani di Doha pada selasa lalu dan dimana dokumen serta harta peribadi milik bekas Menteri Luar, Syeikh Suhaim bin Hamad dirampas oleh pasukan keselamatan Qatar.

Pasukan berkenaan telah merampas 137 dokumen dan peti besi yang mengandungi semua dokumen serta harta peribadi Syeikh Sultan, yang memiliki simpanan arkib yang mengandungi maklumat yang tepat mengenai sejarah Qatar.

Stesen Televisyen Sky News melaporkan, serbuan berkenaan berlangsung selama 6 jam, yang mana melibatkan 15 anggota pihak berkuasa Qatar.

Barangan yang dirampas oleh pihak keselamatan Qatar adalah material yang mempunyai nilai politik yang tinggi seta rekod sejarah domestik Qatar bermula dari tahun 1960 sehingga kematian Syeikh Suhaim pada tahun 1985.

Pihak keselamatan Qatar turut mencerobohi bilik peribadi Ibunda Syeikh Sultan, Sheika Mona Al-Dousart dan merampas barangan berharganya termasuk gambar keluarga, semua perhiasan serta wang.

Selain itu, pekerja yang bekerja di istana berkenaan turut dikasari dan ditahan. Seorang pembantu rumah warga Sudan diusir ke negara asal, manakala status dua lagi warga Maghribi tidak diketahui. Seorang lagi pekerja wanita warganegara Sudan ditahan selama 8 jam dan sehingga pada saat ini, kesemua pekerja Istana ditempatkan di satu lokasi yang dirahsiakan.

Sky News turut mengesahkan bahawa pihak berkuasa Qatar telah membekukan kesemua aset Syeikh Sultan selain merampas mohor dan dokumen yang dikhuatiri akan disalah guna oleh regim pemerintah Doha untuk tujuan penipuan.

Sehari sebelumnya pihak berkuasa Qatar membekukan kesemua sehari aset Sheikh Abdullah Al Thani, salah seorang anggota keluarga Diraja Qatar yang berusaha membenarkan kerajaan Arab Saudi membuka sempadan bagi kemudahan Haji bagi warganegaranya.

Sumber : Aawsat.com

----

ENGLISH STATEMENT IN FULL:

You all know that the situation today is quite critical. Our brothers in the Gulf and the Arab world have ostracized us because of fatal errors that were committed against them alongside ugly practices done against their existence; these actions were committed in our name, from our land and with our tools.

These people are in fact our enemies. Because of the government’s policy which allowed hateful bitter people to deepen its roots in Qatar and spread their poison everywhere, we have bitterly reached the abyss. Our goal today is to stand together to purge our land from these outsiders and to continue our development efforts to bring pride to our country Qatar in an effort to gain a more civic and humanitarian role and aspect. We need to stand together to protect Qatar from terrorist organizations.

My worst fear is that one day the Qatari citizen will become associated with terrorism. I am most fearful that we would be rejected from everyone worldwide, along with the rupture with our neighboring countries.

Today, I live in Paris. Ever since the crisis broke, I couldn’t handle becoming a stranger in my own country. Strangers came flooding like the colonizers, intervening in our internal affairs under the pretext of protecting us from our people in Saudi Arabia and the Gulf whom we consider as our ancestors and family. We are the grandchildren of Sheikh Jassim and many other great men who have built this great country.

I am saddened that this crisis brought to light all of these terrorist organizations and these violent groups along with an interference with the affairs of other countries and a sabotage of their security and wellbeing. As if Doha has become an incubator to all the corrupts and the wicked and a platform to serve their agendas.

While in reality, if Qatar would be faced with hardships, they would be the first to leave the ship. They only care about exploiting our country and using our resources, they wouldn’t care about us at all because they are not connected to us, and they have no families nor loved ones. They are full of bitterness and hatred against the Gulf people and Qatar is no exception. It’s a shame that Qatar is used as a façade and a weapon to destroy its people, its dignity, its history and its entire entity only to become a victim of their practices later on.

In this context, I endorse all calls for a meeting hoping that all the members of the ruling family, distinguished members and thinkers to engage in this meeting so they can become one hand to protect Qatar from enemies and deserters.

I am full of confidence of King Salman and the leaders of the Arab countries of their stand with Qatar, may god always bestow peaceful relations between us and may all mistakes be corrected to end these nightmares that have plagued us.


Sultan Bin Suhaim Bin Hamad Al Thani.

=======

Biodata Sheikh Sultan 

Sheikh Sultan bin Suhaim Al-Thani dianggap sebagai anggota ketiga dalam ahli keluarga Al-Thani. Beliau menyeru pemerintah Qatar agar segera mencari jalan penyelesaian melalui rundingan dengan negara jiran Qatar.

Lahir di ibu negara Qatar pada tahun 1984, Sheikh Sulan bin Suhaim bin Hamad Al-Thani merupakan anak ke 8 dari Sheikh Suhaim bin Hamad.

Beliau telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai 3 orang cahaya mata lelaki (Mohammed, Suhaim, Abdelaziz) dan tiga cahaya mata perempuan (Mona, Aisha dan Latifah)

Siapa Bapanya? Sheikh Suhaim bin Hamad?

Suhaim bin Hamad adalah saudara kandung kepada bekas Emir Qatar Syeikh Khalifah bin Hamad Al-Thani

Beliau merupakan Menteri Luar Negeri pertama Qatar selepas Qatar mendapat kemerdekaan pada 1972 dari British. Beliau memainkan peranan utama dalam pembanggunan dan pemodenan Qatar.

Beliau juga memainkan peranan yang signifikan dalam inisiatif penyatuan Arab. Beliau dikenali sebagai seorang yang tegas dalam konflik yang melibatkan Arab-Israel dan isu Palestin serta mempunyai hubungan yang rapat dengan pemimpin teluk, rantau arab dan negara Islam. Sebagai seorang Menteri Luar, Suhaim bin Hamad memainkan peranan penting dalam mengendurkan keteganggan diantara Media dan Tentera Iraq dan Syria.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute