JAMBATAN 'HANTU' PUTRAJAYA


Jambatan 'Hantu' Putrajaya. Tinggalan Kebodohan Mahathir Yang Takkan Dilupa

Oleh : Jebat

1. Salah satu kesilapan awal dalam pembinaan Putrajaya ialah ketiadaan jaringan pengangkutan awam yang komprehensif.

2. Banyak kawasan komersial dan pentadbiran kerajaan di Putrajaya hanya boleh dihubungankan melalui bas Nadi Putra ataupun dengan kenderaan bermotor.

3. Antara salah satu projek gagal dilaksanakan ialah pembinaan monorail di Putrajaya yang menyaksikan akhirnya, Jambatan Monorel ini menjadi 'Ikon Pembaziran' tatkala Putrajaya sedang didirikan.

4. Aku tak taulah sampai bilakah Jambatan Hantu ini akan terus berada menjadi monumen tidak rasmi yang telah mencacatkan pemandangan Putrajaya.

5. Oleh kerana itulah, tatkala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melancarkan TRX dan Bandar Malaysia, antara komponen paling utama yang ditekankan sebagai asas pembinaan dua kawasn ini ialah akses kepada pengangkutan awam.

6. Tidak guna mempunyai bandaraya yang mempunyai banggunan yang tersergam gagah jika jaringan pengangkutan awam masih diera 80an.

#RinduZamanMadey

Post a Comment

0 Comments