BANK NEGARA SAHKAN EKONOMI MALAYSIA BERKEMBANG #LegasiNajib

KUALA LUMPUR 17 Mei - Ekonomi Malaysia berkembang pada 5.4 peratus bagi suku pertama 2018 disokong oleh pertumbuhan dalam aktiviti sektor swasta dan eksport bersih.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, pertumbuhan dijangka terus menggalakkan tahun ini dengan permintaan dalam negeri terus menjadi pemacu utama pertumbuhan.

Katanya, inflasi keseluruhan dijangka berada pada purata dua hingga tiga peratus tahun ini disebabkan oleh faktor kos global yang lebih kecil dan kadar pertukaran ringgit yang kukuh berbanding 2017.

“Inflasi juga menurun pada suku pertama ini kepada 1.8 peratus berbanding 3.5 peratus pada suku keempat 2017.

“Ini mencerminkan kesan daripada harga bahan api domestik yang lebih kecil berikutan kenaikan harga minyak dunia yang lebih rendah,” katanya dalam sidang akhbar mengumumkan prestasi ekonomi suku pertama 2018 di sini hari ini. 

- UTUSAN ONLINE

Nota : Bukankah Malaysia Dah Nak Bangkrupt? Apa-apa pun, kami Yakin kerajaan hari ini mampu meneruskan kecemerlangan kerajaan terdahulu. 😘
BANK NEGARA SAHKAN EKONOMI MALAYSIA BERKEMBANG #LegasiNajib BANK NEGARA SAHKAN EKONOMI MALAYSIA BERKEMBANG #LegasiNajib Reviewed by pena minang on May 17, 2018 Rating: 5

No comments:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

Powered by Blogger.