ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 23 May 2018

JOHOR BEBAS HUTANG - MB #LegasiKhaled #TerimaKasihKhaled

ISKANDAR PUTERI 23 Mei - Pakatan Harapan (PH) yang baru menambil alih kerajaan negeri mengakui kedudukan kewangan Johor berada dalam keadaan baik dan terkawal.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, hutang negeri juga tidak ada sekali gus membuatkan kerajaan negeri berada dalam keadaan selesa untuk mentadbir.

“Kedudukan kewangan kita bagus dan kita berada dalam keadaan selesa sebab itu kita boleh keluarkan bantuan hari raya dan sebagainya.

“Kita punya hutang negeri juga berada dalam keadaan bagus dan terkawal. Dahulu ada pengiraan tentang air ada silap sedikit, kita kosong (sebenarnya) takde hutang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri di Kota Iskandar, di sini sebentar tadi.

Sumber : Utusan

Komen kami : Alhamdulillah. Kerajaan terdahulu pintar dalam membangunkan negeri. 

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2018 PM Institute