PERINGATAN BAGI MEREKA YANG TERTIPU DENGAN KEBODOHAN SENDIRI

Oleh : Jebat

1. Hari tu ada kelompok manusia tak belajar perlembagaan dan tidak bertanya pada ahlinya pandai-pandai buat takwilan bahawa pemerintah di Malaysia ini hanyalah Agong. Spesis Homosapiens Yang Terkeliru dan bercakap diluar kepakaran mereka ini juga mengeluarkan kenyataan yang menyatakan apabila parlimen dibubarkan, maka Kerajaan sudah tidak wujud (sedangkan kenyataan Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas menyatakan sebaliknya).

2. Kini nampaknya kekhilafan mereka semakin makin terserlah. Seperti yang telah lama kami nyatakan dengan tegas bahawa Agong dan Perdana Menteri adalah pemerintah di Malaysia dimana keduanya saling mengekalkan status Quo masing-masing, kelompok Yang Terkhilaf ini pula hanya meletakkan Yang Dipertuan Agong sebagai sole ruler di Malaysia.



3. Malah mereka juga terkeliru memahami terma "Nasihat" yang digunapakai didalam Perlembagaan Persekutuan, sekaligus cuba menjustifikasi bahawa seorang Perdana Menteri hanya mempunyai kuasa menasihat Yang Dipertuan Agong, sedangkan jika merujuk pada pakar undang-undang dan perlembagaan negara, makna "Nasihat" itu adalah amat berbeza dengan pemahaman masyarakat awam.

4. Lebih menarik, mereka cuba menyamakan kedudukan Yang Dipertuan Agong Malaysia setaraf dengan kuasa yang ada pada King Abdullah II of Jordan.



5. Mungkin mereka ni kurang tahu yang Raja Jordan mempunyai kuasa memecat Perdana Menterinya malah boleh menggantikan Perdana Menterinya. Tidak pula di Malaysia, dimana Yang Dipertuan Agong hanya boleh melantik Perdana Menteri semata-mata namun untuk memecat seorang Perdana Menteri, ianya perlu dilakukan di Parlimen melalui undian tidak percaya dikalangan ahli parlimen.

6. Akhir kalam, meminta nasihat kepada Doktor Veterinar bagi konsultasi kesihatan manusia, menampakkan diri anda sebagai kelompok rakyat Malaysia yang Uneducated sepertimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia ke 7, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

#TanyaPadaPakar

Sumber :


https://www.channelnewsasia.com/news/world/jordan-s-king-abdullah-expected-to-ask-pm-to-resign-sources-10359942


https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/52290


* Artikel ini merupakan pandangan pihak yang menulis dan bukan mewakili pandangan atau pendirian PenaMinang.com atau PM Institute secara khususnya. Kami juga tidak bertanggungjawab di atas sebarang kenyataan atau pandangan yang ditulis atau disiarkan melalui segmen Komentar dan Dari Blog. Ia adalah pandangan penulis berkenaan tanpa dipengaruhi pihak kami dan ia tidak semestinya mengambarkan pendirian dan pandangan kami.
PERINGATAN BAGI MEREKA YANG TERTIPU DENGAN KEBODOHAN SENDIRI PERINGATAN BAGI MEREKA YANG TERTIPU DENGAN KEBODOHAN SENDIRI Reviewed by pena minang on June 09, 2018 Rating: 5

No comments:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

Powered by Blogger.