NAIB PRESIDEN IRAN TEMUI PERDANA MENTERI MALAYSIA HARI INI


PUTRAJAYA, 10 Julai 2018 - Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menerima kunjungan hormat dari Naib Presiden bagi Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Republik Syiah Iran, Dr. Masoumeh Ebtekar di Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Presiden Iran merupakan antara pemimpin negara asing pertama di dunia yang menghantar ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir setelah Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya pada PRU14 yang lalu. (Rujuk : http://www.kosmo.com.my/terkini/presiden-iran-ucap-tahniah-kepada-dr-mahathir-1.671117)

Pada awal bulan yang lalu, pemimpin tertinggi Hezbollah, Hassan Nasrullah dalam satu rakaman video memuji tindakan Perdana Menteri Malaysia dan Kementerian Pertahanan Malaysia kerana menarik keluar penempatan anggota ATM di Arab Saudi.



Dan dalam bulan yang sama ini juga, Institut Terjemahan Malaysia (ITBM) menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pusat Kebudayaan, Kedutaan Republik Islam Iran di Kuala Lumpur (CCIR) yang melibatkan usaha penterjemahan dan penerbitan buku kedua-dua negara.



Dalam tempoh lima tahun mendatang ini, kita akan menyaksikan kemasukan besar-besaran pengaruh Syiah Iran sekaligus akan menambahkan lagi "warna-warni" Malaysia. Ketahuilah, pemerintah yang dinaikkan oleh ALLAH pada hari ini adalah setaraf dengan kualiti rakyatnya. Pemimpin yang baik datang dari rakyat yang baik. Begitu jugalah sebaliknya. 

Namun apa yang penting, kami bersetuju dengan pandangan Tun Dr. Mahathir yang menyatakan bahawa ramai rakyat Malaysia pada hari ini Uneducated.

🇲🇾️🇮🇷

#UneducatedMalaysian
#MalaysiaBaharu
#NewMalaysia




NAIB PRESIDEN IRAN TEMUI PERDANA MENTERI MALAYSIA HARI INI NAIB PRESIDEN IRAN TEMUI PERDANA MENTERI MALAYSIA HARI INI Reviewed by pena minang on July 10, 2018 Rating: 5

No comments:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

Powered by Blogger.