Terkini

BIARLAH SULTAN, RAJA, EMIR DAN PEWARISNYA MENCAMPURI URUSAN KERAJAAN

Oleh : Anasz

1. Setiap Sultan, Raja dan pewarisnya sememangnya perlu diberikan tanggungjawab dalam kerajaan. Kita perlu mencontohi Brunei, Arab Saudi, Bahrain, UAE, hatta Qatar yang mana Sultan, Raja, Emir dan Putera Mahkota mereka bertanggungjawab dalam menguruskan negara.

2. Mengambil contoh Arab Saudi, Putera Mahkotanya merupakan seorang Menteri dalam portfolio pertahanan, anak saudaranya, menjadi Duta ke negara asing, malah menjadi Gabenor di wilayah-wilayah Arab Saudi.

3. Sekaligus tidak timbul fitnah pada hari ini dimana rakyat mempertikaikan soal elaun yang diterima oleh keluarga diraja.

4. Dan kenapa dalam era Malaysia Baharu ini, masih dihalang para Raja, Sultan dan Putera Mahkota mencampuri dan mengambil tahu urusan negara dan negerinya?

5. Biarlah mereka mencampuri urusan kerajaan. Kerana memang itu tugas dan tanggungjawab mereka selaku pemerintah.

6. Dan perlu diingat korang tu hanya pentadbir. Bukan pemerintah (Bak kata sesetengah orang yang mempertahankan bahawa PM bukan pemerintah).

No comments

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.