Terkini

IMAN YANG DAPAT MEMASUKKAN ORANG KE SYURGA

Iman Yang Dapat Memasukkan Orang Ke Syurga

Abu Ayyub Al-Ansari R.A berkata : "Ada seorang Badwi yang menghalang Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam di tengah-tengah jalan, lalu memegang tali kekang unta tunggangan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dan bertanya : 'Ya Rasulullah, ceritakan kepadaku amalan yang dapat memasukkanku ke syurga. 'Para sahabat bertanya-tanya : 'Mengapa orang itu?' Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab : 'Ada kepentingannya'. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab : 'Hendaknya engkau menyembah ALLAH S.W.T dan tidak mempersekutukannya dengan apa pun, dan mendirikan solat, dan menunaikan solat, dan menunaikan (mengeluarkan) zakat dan menjalin silaturrahim (dengan kerabat) ; Kemudian Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam berkata kepadanya : 'Lepaskan tali kekangan unta itu." (HR Bukhari dan Muslim)

Abu Hurairah R.A berkata : "Ada seorang Badwi datang bertanya kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam : 'Tunjukkan kepadaku amalan yang apabila aku kerjakan akan membuat aku masuk syurga! Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab : 'Sembahlah ALLAH S.W.T dan jangan mempersekutukannya dengan apa pun, dan mendirikan solat yang fardhu (Wajib), dan menunaikan zakat yang fardhu, dan puasa bulan Ramadan.' Lalu Badwi itu berkata lagi : "Demi ALLAH yang jiwaku di tangan-Nya, aku tidak akan melebihi dari itu.' Ketika dia telah pergi, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepada sahabatnya : 'Siapa yang ingin melihat seorang ahli syurga, maka lihatlah orang tadi." (HR Bukhari dan Muslim)

Disalin dari : Sahih Al-Lu'lu Wal Marjan Karya Muhammad Fuad Abdul Baqi'

No comments

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.