Terkini

SEORANG MUNAFIK TATKALA PERJANJIAN BAI'ATUR RIDHWAN


Ketika Utsman bin Affan R.A diutus oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi wa-Salam pada peristiwa Hudaibiyyah, untuk berunding dengan kaum Musyrikin Quraish, di Kota Makkah, tersebarlah berita bahawa Utsman telah terbunuh. 

Maka untuk mengetahui sejauh mana kesetiaan para Sahabatnya, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam meminta mereka berbai'at (berjanji setia) dengan Baginda di bawah sebuah pohon. Peristiwa ini kemudiannya dikenali dengan sebutan Bai'atur Ridhwan. 

Tatkala itu, jumlah kaum Muslimin adalah 1400 orang, tidak seorang pun mereka yang tertinggal, kecuali Al-Jadd bin Qais, seorang munafik, yang lebih memilih bersembunyi di bawah untanya.

Dipetik dari Kitab As-Haburrasul ﷺ (Sahabat-Sahabat Rasulullah ﷺ), karangan Syeikh Mahmud Al-Mishri

No comments

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.