POLITIK

[POLITIK][bleft]

ANTARABANGSA

[YAHUDI][bsummary]

EBOOK PERCUMA

[EBOOK][twocolumns]

APA MOTIF TADIKA CIC PROMOSI PENULIS SYIAH?

Oleh : Jebat

Semalam seorang rakan kami telah menghantarkan maklumat mengenai sebuah tadika yang dikatakan giat mempromosikan ideologi Syiah kepada para pelajarnya. Kami juga diberikan link berkaitan yang membuktikan terdapat unsur-unsur Syiah cuba diserapkan 'secara tidak sengaja' oleh pengurusan tadika berkenaan.

Berikut merupakan print screen 'laman web CIC' yang menampilkan penulis Syiah dan print screen laman forum yang mengaitkan penulis terbabit dengan gerakan Syiah.




Berdasarkan daripada print screen diatas, pastinya kita akan tertanya-tanya, kenapa pengurusan CIC mengambil sumber penulisan dari penulis Syiah dalam bab kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak? Apakah sudah tidak ada lagi penulis motivasi sunnah lain yang boleh ditampilkan? 

Malah jawapan yang diberikan oleh pemilik CIC juga amat meragukan. Ayat yang digunakan oleh mereka terlalu rapuh. Tanpa menampilkan siapakah yang menjawab bagi pihak CIC, keseluruhan 'jawapan kepada fitnah terhadap CIC' hanya bersifat retorik semata-mata. Dan ayat yang hampir sama ialah mereka cuba 'twist' dengan mengaitkan negara luar seperti Amerika Syarikat, Britain dan negara-negara lain.

Sedangkan natijahnya pihak yang mempertikaikan ke'sunnah'an CIC adalah berdasarkan kewujudan artikel penulis Syiah di laman web mereka. Selain itu juga individu yang menulis 'jawapan kepada fitnah terhadap CIC' juga tidak membuat sebarang pengakuan bahawa dirinya bukan seorang Syiah, sebaliknya hanya bercakap secara UMUM bahawa;

"kesemua kakitangan dan francaisee yang berjumlah lebih 300 orang adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah"

Sedangkan bagaimana pula dengan soal pengurusan tertinggi Syarikat? Mereka tidak menyatakan sebarang makluman atau mengakui ke'sunnah'an mereka sehingga artikel ini ditulis.

Lebih mengarut bilamana si penulis menyatakan;

"Selain itu saya juga berpandangan bukan sahaja kita tidak harus bermusuhan sesama Islam, kita juga harus berbuat baik sesama insan walaupun berlainan agama dan kepercayaan kerana kita sama-sama harus bangunkan dunia supaya selamat didiami oleh semua makhluk dan menyebarkan kebaikan sebanyak mungkin. Jika kebaikan tersebar, manusia semakin berilmu dan berakhlak mulia, akhirnya manusia akan kembali kepada Tuhan dan beribadah kepadanya. Ini adalah lebih baik daripada memusuhi antara satu sama lain, berperang, berbunuhan dan dendam yang tidak berkesudahan. Kita semua bertanggung jawab menghentikan persengketaan ini. Bermula dari diri sendiri."

Timbul persoalan difikiran kami, sejak bila Syiah diakui keIslamannya? Dan apakah dia tidak mengetahui bahawa Syiahlah yang pertama sekali menyebarkan keburukan di muka bumi ini atas nama 'Islam'. Mereka menghina para sahabat nabi, mencela isteri nabi dengan pelbagai gelaran yang buruk masih wajarkah lagi kita kaum sunni berbaik dengan mereka. Kami bersetuju bahawa kita umat Islam harus menunjukkan akhlak yang mulia namun dalam masa yang sama kami mempersoalkan tindakan beliau yang mempromosikan ideologi Syiah di laman web CIC.

Jadi cadangan kami kepada pengurusan CIC :

1. Buat kenyataan terbuka kepada media oleh pengurusan tertinggi CIC
2. Mintak JAKIM, JAIS atau mana-mana JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI datang memantau perjalanan dan silibus aqidah tadika CIC
3. Tarik semula artikel yang ditulis oleh Tahera Kassamali dari laman Web CIC

Untuk rekod, CIC kini mempunyai 45 Cawangan sekitar Kuala Lumpur (Bangsar, Taman Tun Dr Ismail,Taman Permata, Danau Kota, Melati Utama, Bandar Sri Permaisuri, Taman Desa and Bandar Sri Damansara),  Putrajaya (Presint 8, Presint 9, Presint 11A, Presint 11D, Presint 14, Presint 15 and Presint 18 and Presint 15H), Selangor (Prima Gombak, Taman Tasik Prima, Puchong Utama, Puncak Jalil, Bandar Baru Bangi, Impian Putra, Kota Damansara, The Strand Damansara, Bandar Tun Hussein Onn, Seksyen 7 Shah Alam, Seksyen 20 Shah Alam, Semenyih, Kajang, Saujana Impian, USJ 3 Tiara Square, Kota Kemuning, Bukit Jelutong, Kota Warisan, Saujana Utama, Bandar Baru Selayang, Prima Samudera Gombak and Selayang Pandang), Kelantan (Queenspark and Kubang Kerian), Kedah (Darulaman), Melaka (Ayer Keroh), Johor (Larkin Idaman) and Negeri Sembilan (Senawang)

Sumber :

http://www.cic.net.my/index.php?option=com_content&view=article&id=238&Itemid=234

http://www.shiasisters.net/forum/viewtopic.php?t=146

http://www.cic.net.my/index.php?option=com_content&view=article&id=291&Itemid=306

POST A COMMENT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.