POLITIK

[POLITIK][bleft]

ANTARABANGSA

[YAHUDI][bsummary]

EBOOK PERCUMA

[EBOOK][twocolumns]

BAHASA DAN BANGSA

Oleh : AJ 

"SEMAKIN DI DEPAN"
"SATU HATI"

Antara dua perkataan yang biasa aku lihat pada jentera dua motosikal ini. Melihat perkataan tersebut digunakan di peringkat sukan antarabangsa, aku mula terdetik dan bertanya. Siapakah gerangan orang Melayu yang cukup berani mengangkat bahasanya di peringkat sebegini? Kerana kebiasaanya jikalau melibatkan tujuan penajaan, pastinya syarikat-syarikat koprat tempatan lebih gemar menggunakan Bahasa Inggeris sebagai strategi pengiklanan mereka.

Bagi mencari jawapan, aku mula melakukan kajian dengan kaedah paling mudah iaitu mencarinya di Google.

Amat memeranjatkan sekali apabila pemilik slogan 'Semakin Di Depan' itu merupakan syarikat Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) yang menjadi syarikat pengeluaran motosikal Yamaha bagi pasaran Indonesia.

Jadi sangkaan aku selama ini menyangka bahawa Petronas merupakan pemilik slogan tersebut ternyata meleset.

Manakala Slogan 'Satu Hati' pula merupakan slogan yang digunapakai oleh Astra Honda, Syarikat subsidari Honda yang mengeluarkan jentera Honda bagi pasaran Indonesia. Namun begitu penggunaan slogan 'Satu Hati' tidak lagi digunakan pada jentera Honda sebaliknya digantikan dengan 'One Heart' pada musim berikutnya.

Apapun tabik spring padaku buat warga Indonesia, kerana kalian amat mencintai, mengkagumi, dan mengangkat maruah Bahasa Indonesia. Tidak seperti kami di Malaysia. Semuanya malu Berbahasa Melayu malah sibuk nak mengangkat Bahasa Inggeris dan Mandarin. Malah Petroliam Nasional Berhad atau PETRONAS sendiri tidak berani mendepankan Bahasa Melayu ke peringkat seperti ini. Malah dalam sesetengah kes, PETRONAS kelihatan lebih mendahulukan Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin daripada penggunaan Bahasa Melayu. Contohnya seperti dibawah ini.

Sumber :
http://yamahamotogp.com/sponsors/semakin-di-depan.php
http://bokunosekai.wordpress.com/2011/04/03/indonesia-language-in-motogp/
http://motomatters.com/news/2010/11/04/a_hint_of_the_future_repsol_honda_team_a.html
http://world.honda.com/HRC/repsolhondateam/news2010/20101104/
http://www.dapurpacu.com/slogan-satu-hati-menghilang-dari-motor-pedrosa-dan-marquez/
http://www.petronas.com.my/Pages/default.aspx

POST A COMMENT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.