Oleh : AJ
Nampaknya tidak ada sebarang ulama mahupun ustaz yang berani mengkritik pandangan dan pendapat yang dikemukakan oleh Pak Nik Aziz ini tatkala mengeluarkan fatwa ala Khomeini yang dengan mudah sahaja membatalkan sesuatu hukum berdasarkan akal-akal mereka.
Kemana pergi suara Muzabzib Jayyid Jiddan Maza yang begitu lantang mengkritik pemerintah itu dan ini, namun dalam soal melibatkan hukum ALLAH yang dipermainkan oleh Nik Aziz, sunyi sepi tanpa sebarang kenyataan?
Adakah kerana pernah mencium dahi Nik Aziz, maka terus kelu dari mengkritik pemikiran songsang Nik Aziz? Atau adakah tuan Dr. Muzabzib sendiri bersetuju dengan kenyataan Nik Aziz? Apa yang pasti, sehingga kini, Mantan Calon Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang ini tidak kedengaran. Yang disebukkan oleh pemegang PHD bertaraf Jayyid Jiddan ini hanyalah mengenai isu Perdana Menteri Singapura menanti 30 minit membeli ayam.
Jika isu Ayam lebih utama dari isu agama, maka selayaknya penyelia beliau memberikan taraf JJ (bukan Jaya Jusco tapi Jayyid Jiddan) kepada Maza Al-Muzabzib.
Baca artikel sebelumnya disini : http://www.penaminang.com/2014/06/little-khomeini-pas-buat-fatwa-dajjal.html#axzz34hsUTD3Q
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.