Oleh : Zamzuri Mohamed Tahir
14 Mei 1948 bermulalah sebuah negara yang bernama Israel yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu setelah mereka menang dalam Perang 6 hari menentang 3-10 Negara Arab yang lain di bumi Palestin.
Berjuta sudah yang mati. Berjuta sudah yang berhijrah. Pada saat & ketika itu jihad menjadi wajib. Pada saat dan ketika itu teknologi persenjataan tidak maju seperti hari ini.
Apa yang terjadi pada hari ini? Kongres AS meluluskan RM723 juta untuk senjata Iron Dome Israel.
Segenting GAZA yang digambarkan hanya 3/4 keluasan Bandar Klang sukar ditakluki.
Beratus peluru berpandu Israel diGAMBARKAN hanya mampu membunuh lebih kurang 130 orang awam dan 1000 kanak-kanak dan orang awam Palestin dan bukannya membunuh PEJUANG Briged Izzuddin al-Qassem Hamas.
Apa yang diGAMBARkan adalah tentera darat Israel ketakutan dan terkencing-kencing akibat ketakutan.
Jika dengan teknologi persenjataan 1948 Israel mampu memenangi Perang 6 hari dengan kuasa besar negara-negara Arab, apakah dengan teknologi persenjataan terkini dan seribu kali lebih canggih, Israel mempunyai masalah untuk menghancurleburkan GAZA dalamasa beberapa jam sahaja?
Apakah dengan teknologi persenjataan terkini Israel gagal mengesan para pejuang al-Qaseem dan selalu terbabas sasaran ke orang awam Palestin?
BUK S17 mampu menepati sasaran 33,000 meter MH17 dari darat ke udara (dalamasa beberapa minit) tetapi Iron Dome tak mampu menepati sasaran pejuang al-Qassem dalam jarak beberapa kilometer dari Israel (selama bertahun-tahun)?
Ketahuilah dunia sedang ditipu dengan permainan Hamas-Israel/USA dengan menjadikan rakyat Palestin sebagai makmal ujian persenjataan mereka sebagaimana dunia pernah ditipu dengan kisah 911 WTC dan al-Qaeeda/Osama Ben Laden.
Ketahuilah bahawa fatwa jihad di Palestin hanya menggambarkan:-
(1) Kekhilafan fatwa peribadi di mana politik antarabangsa, teori konspirasi, polisi luar negara golongan neo-capitalisme dan neo-kolonialisme dan subjek yang berkaitan bukan bidang kepakaran mereka.
(2) kejahilan ulama' yang mengeluarkan fatwa tersebut
atau;
(3) ulama' tersebut sudah pun melacurkan agama mereka demi Israel/USA.
Yakin dan percayalah GAZA mampu dijentik dengan jari oleh Israel dan boleh hancur lebur menjadi padang jarak padang terkukur dalamasa tidak sampai sehari sebagaimana Hiroshima dan Nagasaki pada Perang Dunia ke 2.
Berhijrah duhai rakyat Palestin dan binalah sebuah kehidupan baru di negara-negara Islam yang lain. Sebesar-besar kesilapan yang telah kamu lakukan adalah dengan menjual tanah-tanah yang kamu miliki kepada Yahudi demi mencapai status kaya segera sebagaimana umat Melayu berkobar-kobar menjual tanah pusaka mereka semata-mata ingin menunaikan haji dan/atau ingin mengecapi nikmat kaya segera.
7 Syawal 1435H
Ahad 12.30a.m.
Baca artikel dibawah ini untuk penjelasan :
1. HAMAS CIPTAAN ISRAEL?
2. ISRAEL YANG MENCIPTA HAMAS : RON PAUL (AHLI KONGRES AMERIKA SYARIKAT)
13 Comments
mmg btl israel blh jentik gaza dgn mudah nya tapi penulis kena ingat janji Allah itu pasti...dh mmg ada dlm Quran semua kan...dan israel sendiri pun mmg tahu tentang fakta tu juga..kalau dia berniat habiskan terus penduduk kt gaza tu maka hari pembantaian diaorg juga sampai masa nya. Sbb tu x berani. penulis suruh org gaza berpindah? tlg semak al-quran balik apa yg Allah suruh. Nak jadi mcm yahudi juga ke? Allah suruh berperang ambil palestin tp org yahudi suruh nabi musa perang sorg2..maka start dari tu lah diorg kena curse x kan ada tnh smpai kiamat
ReplyDeletelike
DeleteKurang ilmu xyh nk buat penulisan.. Tulisan ni hanya menunjukkan kebodohan si penulis.. Sekian.. Wsalam..
ReplyDeletePenulis artikal ni jahil alquaran....guna pala otok je....punah
ReplyDeletePenulis artikal ni jahil alquaran....guna pala otok je....punah
ReplyDeleteIni satu teori yang langsung tak boleh di terima akal dan hati manusia yang benar2 ada akal dan hati....
ReplyDeleteSaya bimbang pengorbanan Palestin dibalas dengan AZAB
ReplyDeleteAn-Nisā':97 - Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai ugama kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi". Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
Tidakkah seorang pun manusia yang beragama Islam terbaca akan ayat ini? Bukankah ia sangat berkaitan dengan situasi orang Islam di Palestin. Tidak bimbangkah mereka dengan ancaman neraka jahanam setelah hidup penuh dengan kesusahan dan mati penuh dengan tragis? Apa lagi yang ingin dibuktikan dengan tekad dan keberanian mereka setelah berpuluh tahun hidup dengan siri penyembelihan nyawa si anak, isteri dan orang tua?
Tanah semakin sempit. Orang Islam semakin lemah dan berpecah. Israel semakin berada dikemuncak kekuasaan. Hanya termampu dari berjuta yang lain hanyalah berdoa dari jauh. Namun diterimakah doa kita semua jika tindakan kita bertentangan dengan AlQuran? Besarnya dosa mereka yang ditindas tetapi enggan berhijrah hingga kemurkaan Allah menafikan syurga buat mereka!
Apa sebenarnya sebab mereka terus berada di tanah Palestin? Menjaga tanahsuci ketiga ummat Islam? Keselamatan mereka sendiri pun terancam siapa pula yang boleh jamin keselamatan kami untuk mengunjunginya?
Adakah sesiapa yang mengambil keuntungan disebalik tumpahan darah mereka yang tidak berdosa ini? Tanpa sumbangan berjuta dana Amerika gaji kakitangan awam mereka pun tidak mampu dibayar sendiri. Usah lah kita saling menyalahkan. Hakikatnya kita semua saling mementingkan diri sendiri kerana yakin siapa yang melawan nasibnya tidak kurang sedikit pun dari limpahan darah di bumi Palestin.
Syiah sesat
ReplyDeleteKesal dengan hakikat bahawa ada juga orang macam ni yang menuduh ulama' sebegitu rupa. Sanggup memfitnah bahawa mereka melacurkan agama sendiri. Wahai penulis, adakah kamu memahami al-quran sebaik-baiknya utk menuduh ulama' sebegitu rupa? Adakah 30 juzu' alquran di hati dan mindamu utk kamu menuduh mereka seteruk itu? Adakah kamu pakar dalam ilmu fiqh, tauhid, usuluddin dan byk lgi cabang ilmu islam utk kamu menuduh mereka sebegitu rupa? Adakah kamu tahu proses utk ulama' mengeluarkan fatwa? Jika tidak, tutup mulut mu dan pergi belajar segala ilmu yang diperlukan. Malu mengakui bahawa kamu adalah saudara seislam yang bebas memfitnah tanpa ada bukti kukuh.
ReplyDeletemenarik.. tapi ada betulnyer jugak, baik bina kekuatan dinegara luar dari dibiar mati sia-sia. tapi sekarang ni dorang tak boleh nak lari mana, sebab sekatan dari israel dan juga dunia arab. arab sendiri tak membantu, itu lah masalah sekarang, arab penakut.
ReplyDeleteboleh tak saya nak upah sekumpulan penyangak MENYERANG DAN MERAMPAS rumah saudara, dan kemudian harapnya saudara berpindah tempat lain (baca:berhijrah), kemudian serang dan rampas beberapa kali lagi dan harapnya setiap kali serang dan rampas tu saudara jangan melawan dan KEEP CALM DAN BERPINDAH, TENGOK BERAPA KALI KAU BOLEH SABAR!!!
ReplyDeleteharap yg lain jangan TERASUK dengan teori konspirasi bodoh + fatwa albani yg lapuk ni.
SEKIAN.
ini bukan soal rumahnya dirampas... ini soal konspirasi si penyangak dan politikus si tuan rumah. yg menjadi mangsanya seluruh rakyat palestin. ini memang cerita lapuk, jalan cerita pun lebih kurang sama dgn al qaeda dan hezbollah. dulu osama konon hebat digeruni, akhirnya ribuan rakyat afghanistan dan iraq yg menjadi korban. begitu juga konon hebatnya hezbollah yg mampu "membelasah" zionist... tetapi hakikatnya saudara islam lebanon yg teruk menderita. orang islam dan seluruh dunia ditipu dengan kemas sekali
ReplyDeleteteori jahil thap kritikal..palestin hak kita umat islam..spattnya kte yg gesa org ngara kta hjrah g plestin utk tlg saudara kte,bkn sruh dorng lari brpindah..
ReplyDeleteبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.