POLITIK

[POLITIK][bleft]

ANTARABANGSA

[YAHUDI][bsummary]

EBOOK PERCUMA

[EBOOK][twocolumns]

DUNIA DITIPU DENGAN PERMAINAN POLITIK HAMAS & ISRAEL

Oleh : Zamzuri Mohamed Tahir

14 Mei 1948 bermulalah sebuah negara yang bernama Israel yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu setelah mereka menang dalam Perang 6 hari menentang 3-10 Negara Arab yang lain di bumi Palestin. 

Berjuta sudah yang mati. Berjuta sudah yang berhijrah. Pada saat & ketika itu jihad menjadi wajib. Pada saat dan ketika itu teknologi persenjataan tidak maju seperti hari ini. 

Apa yang terjadi pada hari ini? Kongres AS meluluskan RM723 juta untuk senjata Iron Dome Israel. 

Segenting GAZA yang digambarkan hanya 3/4 keluasan Bandar Klang sukar ditakluki. 

Beratus peluru berpandu Israel diGAMBARKAN hanya mampu membunuh lebih kurang 130 orang awam dan 1000 kanak-kanak dan orang awam Palestin dan bukannya membunuh PEJUANG Briged Izzuddin al-Qassem Hamas. 

Apa yang diGAMBARkan adalah tentera darat Israel ketakutan dan terkencing-kencing akibat ketakutan. 

Jika dengan teknologi persenjataan 1948 Israel mampu memenangi Perang 6 hari dengan kuasa besar negara-negara Arab, apakah dengan teknologi persenjataan terkini dan seribu kali lebih canggih, Israel mempunyai masalah untuk menghancurleburkan GAZA dalamasa beberapa jam sahaja? 

Apakah dengan teknologi persenjataan terkini Israel gagal mengesan para pejuang al-Qaseem dan selalu terbabas sasaran ke orang awam Palestin? 

BUK S17 mampu menepati sasaran 33,000 meter MH17 dari darat ke udara (dalamasa beberapa minit) tetapi Iron Dome tak mampu menepati sasaran pejuang al-Qassem dalam jarak beberapa kilometer dari Israel (selama bertahun-tahun)? 

Ketahuilah dunia sedang ditipu dengan permainan Hamas-Israel/USA dengan menjadikan rakyat Palestin sebagai makmal ujian persenjataan mereka sebagaimana dunia pernah ditipu dengan kisah 911 WTC dan al-Qaeeda/Osama Ben Laden. 

Ketahuilah bahawa fatwa jihad di Palestin hanya menggambarkan:-

(1) Kekhilafan fatwa peribadi di mana politik antarabangsa, teori konspirasi, polisi luar negara golongan neo-capitalisme dan neo-kolonialisme dan subjek yang berkaitan bukan bidang kepakaran mereka.

(2) kejahilan ulama' yang mengeluarkan fatwa tersebut 

atau; 

(3) ulama' tersebut sudah pun melacurkan agama mereka demi Israel/USA. 

Yakin dan percayalah GAZA mampu dijentik dengan jari oleh Israel dan boleh hancur lebur menjadi padang jarak padang terkukur dalamasa tidak sampai sehari sebagaimana Hiroshima dan Nagasaki pada Perang Dunia ke 2. 

Berhijrah duhai rakyat Palestin dan binalah sebuah kehidupan baru di negara-negara Islam yang lain. Sebesar-besar kesilapan yang telah kamu lakukan adalah dengan menjual tanah-tanah yang kamu miliki kepada Yahudi demi mencapai status kaya segera sebagaimana umat Melayu berkobar-kobar menjual tanah pusaka mereka semata-mata ingin menunaikan haji dan/atau ingin mengecapi nikmat kaya segera. 

7 Syawal 1435H
Ahad 12.30a.m. 

Baca artikel dibawah ini untuk penjelasan : 

1. HAMAS CIPTAAN ISRAEL?

2. ISRAEL YANG MENCIPTA HAMAS : RON PAUL (AHLI KONGRES AMERIKA SYARIKAT) 

POST A COMMENT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.