Bismillah was salatu was salamu ‘ala rasulillah, amma ba’du,
Apakah Onani Membatalkan Puasa?
Pertama, terlebih dahulu kita perlu memahami bahawa onani hukumnya HARAM. Baik ianya dilakukan di bulan Ramadan mahupun di luar bulan Ramadan. Firman Allah;
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ. إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ. فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ
[Surah Al-Ma`ārij : 29-31]
Diantara sifat orang beriman ialah mereka yang menjaga kemaluan. Mereka tidak mennyalurkan syahwatnya kecuali kepada isteri atau hamba sahayanya. Allah nyatakan, perbuatan semacam ini tidak tercela. Kemudian Allah tegaskan, bahawa orang yang menyalurkan syahwatnya selain kepada isteri dan hamba sahayanya maka dia melampaui batas. Melampaui batas dengan melanggar apa yang Allah larang. Onani termasuk bentuk menyalurkan syahwat kepada selain isteri atau hamba. (Semak Tafsir As-Sa’di, hlm. 547).
Kedua, tentang hukum onani ketika berpuasa
Jumhur ulama dari mazhab Hanafiyah, Malikiyah, Syafiiyah, dan Hambali, serta yang lainnya, menegaskan bahawa mengeluarkan mani secara sengaja tanpa hubungan badan adalah membatalkan puasa, baik dengan cara onani mahupun dengan cara lain.
Dalil masalah ini adalah hadis qudsi dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, Rasulullah ﷺ bersabda,
يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: الصَّوْمُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ، يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَأَكْلَهُ وَشُرْبَهُ مِنْ أَجْلِي
Allah menyebutkan secara berturutan sifat orang yang puasa adalah meninggalkan makan, minum, dan syahwat. Sehingga siapa yang meninggalkan salah satunya, tidak lagi disebut berpuasa, atau puasanya terbatal.
Dr. Khalid Al-Muslih pernah menjelaskan berkenaan hadis qudsi dari Abu Hurairah di atas. Beliau menyatakan,
أن من تعمد إنزال المني بالاستمناء أو المباشرة لم يدع شهوته وقصر ذلك على الجماع فقط فيه نظر ظاهر للمتأمل
[sumber: http://ar.islamway.net/fatwa/33607?ref=s-rel]
Keterangan Para Ulama
Imam Ar-Rafii – salah satu ulama besar Syafiiyah mengatakan,
المنى إن خرج بالاستمناء افطر لان الايلاج من غير انزال مبطل فالانزال بنوع شهوة اولي أن يكون مفطرا
Syeikh Ibn Baz mengatakan pendapat yang sama,
على من استمنى في رمضان أن يقضي اليوم، عليه أن يتوب إلى الله وأن يقضي ذلك اليوم؛ لأنه أفطر فيه بهذا الاستمناء، يعني صار في حكم المفطرين وإن لم يأكل ويشرب لكنه صار في حكم المفطرين فعليه القضاء
[sumber: http://binbaz.org.sa/mat/19859]
Allahu a’lam
0 Comments
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.