Dipetik dari : Al-Islah Perlis
Sumber memaklumkan kepada Al-Arabiyah.net bahawa isu perpindahan makam Nabi ﷺ hanyalah kajian individu semata-mata dan bukannya keputusan kerajaan.
Tambah sumber itu, kajian berkenaan juga pernah disiarkan dalam Majalah Akademik Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Sumber itu juga menegaskan perkara berkenaan sudah pun dimuktamadkan dua tahun lalu semasa bermulanya projek pembesaran masjid. Jawatankuasa Ulama Arab Saudi memutuskan pembesaran hanya boleh dilakukan di bahagian utara masjid dan bahagian tingkat atas sebagaimana di Masjidil Haram Mekah, tanpa sebarang perubahan pada bahagian makam. Itulah keputusan yang dimuktamadkan.
Kekeliruan timbul selepas laporan The Independent dan Daily Mail yang menyebut terdapat usaha untuk memindahkan makam Nabi Muhammad ﷺ .
DITERJEMAHKAN BERSUMBER:
http://www.alarabiya.net/ar/saudi-today/2014/09/03/نقل-قبر-الرسول-دراسة-باحث-وليس-قرار-حكومي.html
Rujukan lain :
http://www.skyscrapercity.com/showthread.php?t=552744&page=10
Artikel sebelum ini : http://www.penaminang.com/2014/09/dakwaan-arab-saudi-mahu-pindah-kubur.html
0 Comments
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.