ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 3 September 2014

DAKWAAN ARAB SAUDI MAHU PINDAH KUBUR NABI : SATU FITNAH TERANCANG OLEH PENGARAH PUSAT PLURALISME ISLAM

Oleh : Jebat

'Kerajaan Arab Saudi Mahu Memindahkan Kubur Nabi'.
'Arab Saudi mahu musnahkan kubur Nabi'

Ini antara tajuk-tajuk yang selalu bermain di media massa terutama sekali media masa maya. Ketika menerima berita semacam ini, penulis mula tertanya-tanya. Apakah benar perkara ini akan berlaku? Jika ya, dari mana sumber maklumat yang mereka perolehi? Siapa penulisnya?

Persoalan ini menyebabkan penulis membuat sedikit penyelidikan. Dan hasilnya mendapati, tulisan-tulisan seperti ini kebanyakkannya ditulis oleh Dr. Irfan Al-Alawi yang mendakwa dirinya sebagai seorang pengarah di Islamic Heritage Research Foundation (Yayasan Penyelidikan Warisan Islam). 

Setiap tahun, Dr. Irfan Al-Alawi menulis perkara yang sama, dan disiarkan dalam laman web yang sama. Semacam ada agenda tertentu yang cuba mereka lakukan. Berikut merupakan senarai 'cerita-cerita' palsu yang dikarang oleh Dr. Irfan Al-Alawi.

2011- http://t.co/c9fjNaSQKV

2012- http://t.co/hcaWIbzZE8

2013- http://t.co/Joad5uuCws

2014- http://t.co/Kywt5DHL20

Malah dalam satu keterangan yang ditemui, penulis mendapati Dr. Irfan Al-Alawi ini bertugas sebagai seorang pengarah antarabangsa di Pusat Pluralisme Islam selain menjadi tenaga pengajar Universiti di London dan California selain menjadi felo penyelidik di Universiti Leiden, Belanda.

Jadi persoalan yang timbul disini, bolehkah pengarah pusat pluralisme agama ini dipercayai dan diangkat ceritanya sebagai satu 'fakta'?

Dan kami cuba mencari fakta menerusi laman-laman web dari Arab Saudi mendapati tidak ada sebarang cadangan sepertimana yang didakwa oleh Dr. Irfan Al-Alawi. Fikir-fikirkanlah semula. Jangan disebabkan salah maklumat maka kita menabur fitnah.

Baca artikel kami sebelum ini yang berjudul Makkah Bukan Muzium Disini.

Rujukan :

http://www.islamicpluralism.eu/WP/?tag=dr-irfan-al-alawi
https://www.youtube.com/watch?v=C4-KLmpMTM4

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute