ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 22 April 2014

MAKKAH BUKAN MUZIUM

Makkah, 1951
Oleh : AJ

Penulis terbaca di beberapa ruangan media milik orientalis barat yang mempersoalkan tindakan kerajaan Arab Saudi yang membangunkan semula Makkah secara besar-besaran. Malah ada diantara para orientalis mengkritik kerajaan Saudi yang dikatakan cuba menjadikan Makkah sebagai Las Vegas ke-2.

Pada hakikatnya, penulis sendiri kurang bersetuju dengan pembinaan gedung-gedung pencakar langit di kota suci Makkah Al-Mukkaramah, namun bila difikirkan semula, adakah wujud larangan oleh Nabi S.A.W kepada umat Islam untuk membina banggunan-banggunan tinggi di Makkah? Benar, antara tanda-tanda hari kiamat adalah bilamana banyak banggunan tinggi dibina. Namun ianya hanya tanda-tanda hari kiamat yang kita sendiri tidak dapat elakkan, kerana itu adalah janji Allah dan RasulNya.

Nabi tidak meninggalkan banggunan untuk diwarisi, sebaliknya Nabi S.A.W telah meninggalkan sesuatu yang lebih berharga dari kesemuanya, iaitu Al-Quran dan Hadis. Ini dibuktikan dalam hadis Nabi S.A.W yang berbunyi ;


تَرَكْتُ فِيْكُمْ  اَمْرَيْنِ مَا لَنْ تَضِلُّ بَعْدَهُ اِنْ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ كَتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ رَسُوْلِهِ.

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya selagi berpegang dengan keduanya, iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah RasulNya"
(H/R Muslim (2137) Al-Haj.  Abu Daud (1628).  Al-Mnasik, Ibn Mahaj  (3060) al-manasik.)

Jadi, jika merujuk kedalam Hadis ini, secara jelas Nabi hanya mewasiatkan Al-Quran dan Hadis kepada umatnya, dan bukannya banggunan, pakaian atau janggutnya.

Penulis melihat, tindakan kerajaan Arab Saudi membangunkan semula kota Suci Makkah ini adalah sebagai satu usaha menyediakan kemudahan yang lebih berkualiti kepada semua para jemaah haji dan umrah pada masa akan datang. Sekaligus ianya dapat membantu para jemaah haji dan umrah untuk lebih tenang dan selesa ketika menunaikan ibadah sepanjang mereka berada di Makkah.

Sesungguhnya kota Makkah bukan diwarisi untuk dijadikan muzium. Makkah adalah kota orang ibadah bagi Islam. Tempat seluruh umat menghambakan diri kepada pencipta seluruh alam.

6 comments:

  1. PMR, saya sangat setuju apa yang anda nyatakan.

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang umat Islam salah faham dengan tanda-tanda hari kiamat. contohnya pembinaan bangunan tinggi dan pencakar langit adalah salah satu tandanya. adakah dengan tidak membina bangunan tinggi dan pencakar langit maka hari kiamat tidak berlaku? dan adakah membina bangunan tinggi dan pencakar langit menyebabkan dosa? itu janji Allah, kita sebagai hamba ditunjukkan tanda2 supaya kita bersiap memperkukuh iman.

    ReplyDelete
  3. Pembangunan semula di kota Makkah memang tak salah cuma janganlah sampai meneggelamkan masjidilharam itu sendiri.Contohnya menara jam hotel 7 bintang yg jauh lebih tinggi dan menonjol dari menara2 masjidilharam.Kemewahan yg melampau sehingga mengorbankan tempat2 bersejarah di sekitar kota makkah juga tidak cocok dengan peranan kota makkah sebagai kota suci dan kota ibadah.Kemudahan secanggih manapun janganlah sampai menghapuskan wajah asal makkah yg kita kenali sejak zaman-berzaman.Pembinaan bangunan2 hotel dan infrastruktur biarlah harmoni dengan masjidilharam sebagai pusat dan nadi utama kota makkah.

    ReplyDelete
  4. inilah tanda2 permulaan ahli2 kitab merosakkan baitullah. diorang takkan bom atau hancurkan baitullah. diorang tau umat islam akan marah bila buat mcm tu. Mekah tempat suci, jadi mereka rosakkan fungsi baitullah menjadi pusat shopping, berhibur, melepak lepak supaya org ramai kurang beramal. sibuk bershoppping sambil buat penggambaran filem dan drama mcm yg produser kita selalu buat. Inilah antara petunjuk zaman ni, sebenarnya bukan kerajaan saudi je punya rancangan, sapa yg duk menulis artikel di media2 barat tu lah yg punya keje. Kat mekah tu yg ada pun hotel hilton, meridien semua puak diorang yg punya. Bin Laden tu semua proksi diorang lah tu. Jgn caya sgt penulis2 barat ni. Pikir dan hati2 lah dgn ahli2 kitab yg ada hari ni.

    ReplyDelete
  5. Sy setuju pendapat anda. Mekah bukan tempt melancong..

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute