Oleh : AJ
Kita semua tahu bahawa baru-baru ini, dunia sukan di Malaysia digemparkan dengan isu doping yang melibatkan jaguh badminton no 1 negara, Datuk Lee Chong Wei. Tentu sekali isu ini mencalarkan perjalanan karier juara dunia ini. Namun Datuk Lee Chong Wei merasakan dirinya berada pada paksi kebenaran, dan tidak gentar dengan keputusan pertama ujian doping. Sebaliknya beliau dengan sukarela menyerahkan sampel B untuk diuji kaji oleh badan bebas.
Walaupun kesnya adalah berbeza, namun isunya adalah sama. Iaitu keberanian menyerahkan sampel kerana yakin tidak bersalah.
Ini berbeza pula dengan kes Anwar Ibrahim. Walaupun politikus tua ini yakin bahawa dirinya adalah dipihak yang benar, namun beliau enggan menyerahkan sampel DNA beliau untuk dianalisis oleh Jabatan Kimia. Sekaligus wujud persoalan, mengapa takut jika dia berada pada paksi kebenaran. Malah pendakwaraya yang juga merupakan rakan karibnya, Tan Sri Shafee Abdullah sendiri mempersoalkan tindakan Anwar yang enggan menyerahkan sampel DNAnya untuk tujuan analisis.
"Dia sepatutnya bersedia menjalani ujian DNAnya sendiri jika air mani itu bukan miliknya. Dia boleh melakukan ujian DNA itu secara diam-diam di Australia atau Eropah," ujar Shafee.
Malah apabila sampel diambil DNAnya diambil oleh pihak penyiasatan dari bahan-bahan tinggalan Anwar dilokap, Anwar nampaknya berang malah menuduh pihak polis cuba memperdayakan beliau. Maka timbul pula persoalan, jika tidak mahu berasa diperdaya, kenapa Anwar enggan bekerjasama menyerahkan sampel DNAnya kepada pihak polis?
Akhir kalam, berani kerana benar, takut kerana salah.
1. Kes Lee Chong Wei. Rujuk disini
http://www.mstar.com.my/sukan/raket/2014/11/05/nasib-chong-wei-lebih-baik/
http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/badminton-lee-chong-wei-s/1453104.html
2. Kes Anwar. Rujuk disini
http://www.penaminang.com/2014/11/kenapa-anwar-takut-nak-buat-ujian-dna.html#axzz3IAJwFxP8
http://www.penaminang.com/2014/11/bukti-diambil-secara-tidak-sengaja.html#axzz3IAJwFxP8
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.