Oleh : Mastura Malak

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap agar mana-mana pihak menerima sebarang keputusan mahkamah berkaitan rayuan kes liwat Datuk  Seri Anwar Ibrahim.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun juga menasihatkan agar orang awam tidak mengambil tindakan yang boleh menyalahi undang-undang seperti menimbulkan kekecohan dengan mengadakan perhimpunan awam.

Jelas Datuk Seri Mohamad Fuzi lagi, sekiranya terdapat ada pihak yang sengaja menimbulkan kekecohan dengan melalukan perarakan, kekacauan atau  sebagainya.pihaknya tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan dibawah kesalahan jenayah kerana menghalang proses undang-undang.

“Kita sudah buat persiapan yang mencukupi kita akan menilai tahap keselamatan ,kalau kita perlu tambahan anggota pihak kami akan tambah,agar tidak memecah belahkan  keamanan kita ataupun menimbukan keadaan huru-hara kepada negara.Pihak kami juga akan ambil tindakan-tindakan undang-undang yang sewajarnya.”

“Saya menasihatkan semua penyokong agar menerima apa sahaja keputusan mahkamah nanti”, katanya dalam sidang media selepas merasmi Majlis Penutupan Program Diploma Sains Siasatan Sesi 2012/2013 di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM Cheras,

Amaran ini diberikan kepada penyokong kedua-dua pihak, penasihat PKR Anwar (perayu) dan Mohd Saiful Bukhari Azlan (pengadu), supaya  tidak mencetuskan sebarang kekecohan jika keputusan mahkamah itu tidak menyebelahi pihak masing-masing.

Hari ini merupakan hari kelapan pendengaran rayuan akhir Anwar, 67, di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful, 27.

Sumber :  abnxcess.com