Oleh : Azizi Sunip

KUALA LUMPUR – Rumah transit atau perlindungan buat golongan gelandangan akan siap dan boleh diduduki pada awal tahun depan.

Projek berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama syarikat swasta iaitu Malaysia Resources Corporation Bhd (MRCB).

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pembinaan projek itu adalah sejajar dengan ilham Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang prihatin dengan masalah gelandangan.

Katanya, MRCB pula mengambil peluang untuk menjayakannya melalui inisiatif tanggungjwab sosial korporat (CSR) mereka.

“MRCB akan bangunkan secepat mungkin… Kita harap suku pertama tahun depan boleh diguna pakai, DBKL sendiri sedang membeli tanah di mana kita akan ubah hartanah tersebut untuk menjadi rumah transit kepada gelandangan, kita harap akan siap pada akhir tahun ini,” katanya.

Rumah perlindungan itu terletak di hadapan Hospital Kuala Lumpur dan bakal menempatkan kira-kira 250 orang gelandangan dalam sesuatu masa.

Ia juga akan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas seperti dewan makan, asrama dan bilik rawatan kesihatan.

Beliau berkata demikian pada sidang media majlis pecah tanah

Pembinaan jejantas yang menyambungkan Jalan Klang Lama dan Lebuhraya Baru Pantai hari ini.

Sumber : ABN News