Sebuah kedai Roti dan Pastri 'BreadTalk' yang dimiliki oleh usahawan Singapura kantoi menipu para pelanggan dengan menjual produk yang ditukar kulitnya.

Produk seperti susu kacang soya segar, tidaklah sesegar sepertimana yang disangkakan oleh pelanggan. Ini kerana susu kacang soya yang dijual di kedai berkenaan hanyalah sekadar susu kacang soya Yeos yang dibotolkan semula di syarikat tersebut. Malah dijual dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga pasaran biasa.



Tinjauan PenaMinang.com di laman maya mendapati, selain isu susu kacang soya yang dibotolkan semula, BreadTalk juga didapati menipu pelanggan dengan menjual kek lapis begawan yang diletak 'topping' agar mengaburi mata pelanggan.

Kami berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan agar bertindak dengan melakukan siasatan dan mendakwa pelaku-pelaku tersebut ke mahkamah.

Di Malaysia BreadTalk beroperasi di;

1. Lot 1.08.00, Pavilion KL, No. 168, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia. 

2. Lot LG 062 & 062A, Lower Ground Floor, Mid Valley Megamall, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia. 

3. LG 2.95, Sunway Pyramid Shopping Mall, No. 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. 

4. Lot G27, Jusco Tebrau City Shopping Centre, No. 1, Jalan Desa Tebrau, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia. 

5. Lot L2-017 & L2-018, Sutera Mall, No.1, Jalan Sutera Tanjung 8/4, Taman Sutera Utama, Skudai, 81300 Johor Bahru, Johor, Malaysia. 

6. Ground Floor, AEON Bukit Indah, No. 8, Jalan Indah 15/2, Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor, Malaysia.