ANJING NERAKA MENGIGIT BANDAR NABI #MadinahUnderAttack #SaudiUnderAttack #WeAllSaudis


Rasulullah ï·º bersabda: "Nanti pada akhir zaman akan muncul kaum yang mereka membaca Al-Quran tetapi tidak melebihi kerongkong mereka, mereka keluar dari Islam sebagaimana keluarnya anak panah dari busurnya, dan mereka akan terus muncul sehingga keluar yang terakhir daripada mereka bersama Dajjal, maka jika kamu berjumpa dengan mereka, maka perangilah, sebab mereka itu seburuk-buruk makhluk dan seburuk-buruk khalifah. "(Sunan Nasai/4108, Sunan Ahmad/19783 

Oleh : Jebat

Pagi tadi (5 Julai 2016) lebih kurang jam 1.49 pagi, aku dikejutkan dengan berita serangan nekad pengebom berani mati di Madinah yang menyasarkan ibu pejabat agensi keselamatan Arab Saudi. Ini adalah serangan kali ke 3 di 3 lokasi yang berbeza kurang dari 24 Jam, dimana serangan kali pertama berlaku di Jeddah (berhampiran pejabat konsulat Amerika Syarikat), dan di luar masjid di Qatif.

Aku melihat kejadian yang berlaku di Madinah adalah bukti sikap pengganas a.k.a Khawari yang tidak segan silu melakukan onar walaupun di dalam bulan Ramadan yang mulia. Mereka sanggup membunuh umat Islam dimana-mana sahaja hatta di bandaraya yang didirikan oleh Nabi Muhammad SallahuAlaihiWassalam, Madinah. Inilah sikap mereka yang sebenar. Mereka melihat sesiapa sahaja yang tidak bersama mereka adalah 'kafir', dan 'halal' untuk di bunuh.

Namun tindakan yang dilakukan oleh pengganas ini secara tidak sedar membuka kelemahan kumpulan berkenaan. Aku yakin dan percaya kumpulan pengganas hari ini sebenarnya dalam keadaan tertekan ekoran tindakan komprehensif badan keselamatan Arab Saudi yang ternyata tersusun dalam usaha memerangi pengganas. Mereka sebenarnya gagal dan lemah dalam mencari pengaruh dikalangan rakyat Saudi untuk bersama-sama mereka. Maka, untuk 'membuktikan' mereka 'kuat', maka tindakan pengeboman pengeboman diambil bagi 'menunjukkan' 'kekuasaan' mereka.



Tetapi natijahnya, jika anda menyelidikki kegiatan kumpulan pengganas ini, anda dapat mengetahui bahawa, kesemua lokasi serangan yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan pengganas ini hanya tertumpu di negara-negara majoriti Sunni seperti di Yaman, Indonesia, Arab Saudi dan Turkey. Tidak sekalipun kita mendengar kumpulan ekstrimis agama ini mengaku merancang atau melakukan serangan ke negara-negara yang 'nyata' menjadi musuh seperti Israel atau di negara Syiah di Iran.

Untuk menyatakan kejadian yang berlaku di Madinah, Qatif dan Jeddah sebagai bukti kegagalan badan keselamatan Arab Saudi dalam memerangi pengganas, dalam artikel jurnal yang berjudul 'Combating Extremism : A Brief Overview of Saudi Arabia's Approach' tulisan Abdullah F. Ansary (Phd), penulis menjelaskan usaha-usaha yang diambil oleh Arab Saudi dalam melemahkan pergerakkan pengganas di negara berkenaan. Mereka bukan sahaja pakar dalam dalam memerangi peperangan secara fizikal (peperangan menggunakan senjata), malah turut pakar dalam memerangi pengganas di alam maya.

Arab Saudi mempunyai modul anti pengganas yang diakui oleh Amerika Syarikat sebagai salah satu modul paling berkesan dalam me'neutral'kan kembali pengganas. Oleh itu, untuk menuduh bahawa pasukan keselamatan Arab Saudi tidak bersedia menghadapi serangan pengganas, ianya adalah satu tuduhan yang amat tidak wajar, dan sekaligus membuktikan bahawa mereka-mereka yang membuat tuduhan tersebut kurang meluaskan pembacaan dan malas buat 'research'.

Aku berdoa agar ALLAH membalas kejahatan mereka-mereka ini dengan seberat-berat pembalasan!

Bacaan lanjut di

http://www.penaminang.com/2014/01/khawarij-si-anjing-neraka.html#axzz4DPC8gYj3
http://www.penaminang.com/2014/01/siapakah-yang-layak-membunuh-khawarij.html#axzz4DPC8gYj3
http://www.penaminang.com/2014/12/10-hadis-mengenai-khawarij.html#axzz4DPC8gYj3
http://www.penaminang.com/2014/02/khawarij-dan-kaedah-mengatasinya.html#axzz4DPC8gYj3

Post a Comment

0 Comments