Oleh : Jebat Pada ramadan yang lalu, seorang pendebat belaan Qatar Foundation telah mengeluarkan satu kenyataan yang menyatakan bahawa pihak keselamatan Arab Saudi telah menghalang rakyat Qatar dari memasuki Masjidil Haram. Namun peliknya, kenyataan beliau hanya disokong dengan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh badan hak asasi manusia Qatar. Yang mana kenyataan badan hak asasi manusia Qatar itu pula tidak disokong dengan sebarang bukti sama ada dari aspek video, gambar ataupun saksi. Kini dah masuk tahun Islam yang baharu (1439H), pendebat belaan Qatar Foundation itu masih gagal memberikan sebarang bukti yang lebih kukuh bagi menyokong dakwaanya. Apakah beliau mengeluarkan tuduhan tanpa memeriksa terlebih dahulu dakwaan berkenaan? Aku kurang pasti, adakah disiplin dalam berdebat ini dibenarkan menuduh tanpa bukti? Semoga pendebat belaan Qatar Foundation diberikan hidayah oleh ALLAH agar tidak menipu dan memutarbelitkan fakta semata-mata mahu mem'backup' majikannya. P.S : Video ini memaparkan rakaman temubual dari Gabenor Makkah dan pegawai keselamatan Arab Saudi terhadap tuduhan media Qatar, Al-Jazeera yang menyatakan bahawa rakyat Qatar dihalang memasuki Masjidil Haram.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.