MAKKAH DISERANG : SYIAH HOUTHI MEWARISI KERJA TENTERA ABRAHAH

Sumber : Saudi Gazzete
Oleh : Anasz*

Percubaan Syiah Houthi melakukan serangan peluru berpandu balistik ke Makkah tidak lain hanya menunjukkan bahawa Syiah Houthi bukanlah satu kumpulan yang mempunyai batas dalam peperangan.

Tindakan mereka ini tidak ubah seperti perbuatan Abrahah (turut datang dari Yaman) yang mahu menghancurkan Ka'bah di Makkah.

Perlu diingatkan bahawa,

1. Syiah Houthi adalah puak pelampau yang merampas pentadbiran kerajaan sah Yaman pada tahun 2015 yang menyebabkan ibu kota Yaman, Sana'a berada di bawah kekuasaan mereka.

2. Syiah Houthi mendapat bantuan teknikal dan persenjataan daripada Iran selain taktikal perang menerusi Hezbollah daripada Lubnan.

3. Peperangan yang dilancarkan oleh Pakatan Negara Arab ke atas kedudukan Syiah Houthi bukanlah peperangan ke atas penduduk Yaman. Sebaliknya ianya peperangan yang berlansung demi mengembalikan pemerintahan Sunnah di Bumi Yaman.

4. Tidak dinafikan segala laporan berita yang menyatakan bahawa berpuluh juta masyarakat Yaman terseksa akibat peperangan adalah suatu fakta, namun menyatakan punca keseluruhannya datang dari Pakatan Tentera Arab adalah suatu tuduhan berat sebelah.

5. Kebanyakkan kawasan yang terjejas dari mendapatkan bantuan kemanusiaan adalah kawasan yang dikawal oleh Syiah Houthi. Mereka menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan selain melancarkan serangan ke atas konvoi bantuan sebagai langkah menghalang rakyat Yaman yang terperangkap mendapatkan bantuan kemanusiaan.

6. Tujuan mereka hanyalah satu : Imej. Gambar-gambar yang penderitaan yang tersiar digunakan oleh Syiah Houthi bagi mewujudkan persepsi masyarakat antarabangsa bahawa Pakatan Tentera Arab bertindak zalim. Pada hakikatnya kezaliman itu berpunca daripada mereka sendiri.

7. Sedangkan yang sebenarnya, segala bentuk bantuan kemanusiaan telah dijalankan oleh Pakatan Tentera Arab untuk membantu menyelamatkan rakyat Yaman yang menjadi mangsa kezaliman Syiah Houthi.

8. Tindakan Pakatan Tentera Arab menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan melalui Sana'a tidak lain sebagai satu kaedah untuk memastikan bahawa bantuan kemanusiaan yang dikhususkan untuk rakyat Yaman tidak diselewengkan oleh Syiah Houthi.

9. Media Antarabangsa jarang melaporkan bagaimana Syiah Houthi merampas barangan keperluan harian yang dibekalkan oleh agensi antarabangsa dan menjadikan barangan berkenaan sebagai 'hak milik mereka'.

10. Perlu diingatkan bahawa, Syiah Houthi adalah kelompok kumpulan yang tidak boleh dibawa berbincang. Jika mereka boleh membunuh bekas Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh yang suatu ketika dahulu merupakan sekutu mereka dalam usaha merampas keseluruhan Yaman, maka bukan suatu kesukaran bagi mereka untuk menyeksa rakyat Yaman yang berada dibawah penguasaan mereka bagi kepentingan politik mereka.

11. Hanya yang bodoh (tak belajar dan buat kajian secara terperinci dan terlalu bergantung pada laporan media) sahaja akan mempercayai bahawa Pakatan Negara Arab sedang membunuh rakyat Yaman, sedangkan pada hakikatnya adalah sebaliknya.

*Penulis merupakan graduan dalam jurusan Analisis Strategi dan Keselamatan dari UKM

Post a Comment

0 Comments