Oleh : Anasz*
1970an - Menyertai pasukan pengawal revolusi Syiah (IRGC) yang baru ditubuhkan pada April 1979 setelah Kerajaan Shah Iran ditumbangkan oleh Khomeini. Selepas beliau menyelesaikan latihan asas. Beliau diantik menjadi jurulatih bagi rekrut baharu.
1980an - [Perang Iran - Iraq dari September 1980 hingga Ogos 1988]
Qaseem Soleimani terlibat secara aktif dalam perang berkenaan dan merupakan individu yang berada di medan paling hadapan berperang dengan tentera Iraq. Diangkat menjadi ketua bagi Divisyen ke 41 IRGC
[Pasca Perang Iran - Iraq 1980an]
Pulang ke daerah Kerman, Iran bagi mengetuai operasi menghapuskan kartel dadah di wilayah berkenaan.
1990an - Dinaikkan pangkat sebagai Komander IRGC Quds Force pada Mac 1998.
Penghujung 1990 ditugaskan untuk mengawasi usaha tentera Syiah Iran dalam menentang Taliban termasuk bersekutu dengan tentera Pakatan Utara.
2000 - Selepas Amerika melakukan pencerobohan ke atas Iraq pada 2003, Soleimani menyelia gerak kerja Iranian Quds Forces dalam memberikan latihan kepada kumpulan militia Syiah di Iraq. Dan pasukan militia Syiah Iraq inilah yang terlibat secara langsung dalam pembunuhan jutaan ahli sunnah di Iraq.
2008 - Soleimani menyatakan bahawa dirinya adalah sebagai pembentuk dan pengawal polisi Iran (Syiah) ke atas Iraq, Lubnan, Syria, Gaza dan Afghanistan, katanya satu mesej yang dihantar kepada David Howell Petraeus, Jeneral Tentera Amerika era pentadbiran Obama.
Dekad Kini : Terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menggerakkan perang di Syria (bermula 2011), Iraq (2014) dan Yaman (2015) , yang menyaksikan jutaan ahli sunnah dibunuh oleh kaum Syiah.
Antara Kumpulan Militan Syiah Yang Mendapat Dokongan Teknikal dan Kewangan Dana Dari IRGC (Qaseem Soleimani) ;
2. Divisyen Fatemiyoun (Unit Afghan) dan Zeynabiyoun Brigade (Unit Pakistan) yang berpusat di Syria.
3. Hezbollah di Syria dan Lubnan
4. Kumpulan Pemisah Dan Pengganas Houthi / Ansaru Allah.
*Penulis merupakan graduan sarjana dalam bidang strategi dan keselamatan dari UKM.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.