RUSSIA TUTUP SEMPADAN DENGAN CHINA


Perdana Menteri Russia, Mikhail Mishustin telah menandatangani surat arahan penutupan sempadan di antara Russia dan China berkuatkuasa serta merta.

Memetik laporan dari Metro.co.uk, tindakan drastik penutupan berkenaan adalah bagi menghalang penyebaran wabak Coronavirus yang kini sudah menjangkau ke 15 buah negara.

Malah Presiden Russia, Vladimir Putin telah mengarahkan agar pihak berkuasa untuk mengambil apa jua tindakan dan langkah yang perlu bagi menghalang penyebaran wabak berkenaan.

Pihak berkuasa China mendedahkan pada hari Khamis pagi ini bahawa jumlah jangkitan yang dicatatkan virus Coronavirus kini sudah menjangkau 7,700, dengan sekurang-kurangnya 170 orang telah mati akibat virus berkenaan. 

Untuk rekod, Russia berkongsi sempadan dengan China sejauh 2,700 batu -PenaMinang.com