POLITIK

[POLITIK][bleft]

ANTARABANGSA

[YAHUDI][bsummary]

EBOOK PERCUMA

[EBOOK][twocolumns]

PERAYAAN KUFFAR DI RUMAH ALLAH

Ia menunjukkan kekeliruan sebahagian umat Islam dalam negara tentang hakikat erti Agama Islam yang bertunjangkan kepada AKIDAH TAUHID dan memerangi SYIRIK di samping batasan toleransi dan hubungan dengan penganut agama lain. 

Adakah ini satu uslub dakwah yang benar yang selari dengan nas dan diamalkan oleh Nabi dan Sahabat? 

Siapakah sebenarnya yang didakwahkan? Nampaknya seolah-olah sudah terbalik. 

Muslim pula yang didakwahkan dek keliru dengan akidah dan prinsip-prinsip syariat sehingga hilang rasa bangga dan cemburu dengan Agama. 

Masjid ialah rumah ALLAH untuk membesarkan ALLAH dan menyeru kepadanya SEMATA-MATA. 

Usahlah ia dicemari dengan simbol-simbol dan program-program perayaan KUFFAR yang TIADA kena mengena dengan ISLAM dan MASJID. 

Malah ISLAM berlepas diri daripada semua ini.

Firman ALLAH:

“Dan sesungguhnya MASJID-MASJID itu untuk (IBADAH KEPADA) ALLAH semata-mata, maka JANGANLAH KAMU SERU dan sembah sesiapa pun bersama-sama ALLAH.” 

Surah al-Jin, ayat 18.

FirmanNYA:

“Demikianlah (ajaran ALLAH) dan sesiapa yang MENGHORMATI SYIAR-SYIAR AGAMA ALLAH maka sesungguhnya perbuatan itu salah satu kesan TAKWA.”

Surah al-Hajj, ayat 32. 

Keampunanmu ya ALLAH. Janganlah ENGKAU timpakan azabmu akibat perbuatan mereka yang jahil dan keliru daripada kalangan kami. Berilah taufik dan hidayahmu ya ALLAH.

Rujukan untuk bacaan:

https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/10218317045909367
https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/10218029966812569
https://chinesenewyear.net/lantern-festival/


Idris bin Sulaiman
Kajang 
08 Jamadil Akhir 1441H / 02 Februari 2020

Komen kami : Jika method dakwah sebegini adalah suatu jalan yang benar, sudah pasti Nabi dan para sahabat lebih mendahului perbuatan berkenaan.

POST A COMMENT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.