Oleh : RF Lias
Kes SRC disambung hari ini dengan Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Baharom dipanggil sebagai saksi pembelaan.
Berbanding kenyataan Datuk Profesor Syed Umar semalam, kenyataan DS Jamil berkaitan isi perbincangan tidak rasmi pada 11 Januari 2010 antara Raja Abdullah dan DS Najib Razak lebih terperinci.
Menurut DS Jamil, Raja Abdullah memimpin tangan DS Najib ke tengah dewan mesyuarat untuk berbincang secara sulit hasrat Baginda memberi dana sumbangan berbentuk kewangan kepada DSN. Kenapa memimpin tangan? Ia adalah simbol keakraban yang terjalin antara Raja Abdullah dan DSN.
DS Jamil yang berdiri betul betul dibelakang DSN ketika itu, mendengar hasrat Baginda agar sumbangan itu disalurkan ke dalam akaun persendirian DSN untuk melicinkan urusan politik dan pentadbiran kerana baginda khuatir sekiranya ia masuk ke akaun lain, ia akan menimbulkan masalah dalam pengurusan dana tersebut.
Apakah tujuan pemberian dana tersebut?
Ia adalah untuk tujuan politik, mengekang acaman ekstrimisme agama, menghalang pengembangan Syiah dan lain lain. Pokoknya, baginda mahu pentadbiran negara sedia ada ketika itu kekal diterajui DSN dalam PRU13.
Ketika disoal balas oleh Sithambaram mengapa sumbangan itu diterima hanya setelah setahun dari tarikh mesyuarat diadakan iaitu sekitar Febuari 2011, DS Jamil menjawab ia adalah perkara biasa.
Sebagai contoh, ketika kes runtuhan kren di Mekah pada tahun 2015, kerajaan Saudi berjanji akan memberi 1 juta riyal pampasan kepada setiap mangsa yang meninggal tetapi ia diterima hanya setelah 5 tahun iaitu tahun 2020.