POLITIK

[POLITIK][bleft]

ANTARABANGSA

[YAHUDI][bsummary]

EBOOK PERCUMA

[EBOOK][twocolumns]

SINGAPURA CATAT 2 KES BAHARU CORONAVIRUS. JUMLAH TERKINI 47 KES.


SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan lagi dua kes jangkitan Coronavirus di negara ini menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 47 kes.

Kes ke-46 adalah lelaki berusia 35 tahun. Individu berkenaan merupakan seorang Penduduk Tetap yang tidak pernah ke China baru-baru ini.


Individu berkenaan menetap di Johor Bahru tetapi bekerja di Singapura. Buat masa ini, individu tersebut berada di bilik pengasingan di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID).

Sebelum dimasukkan ke hospital, individu berkenaan hanya pergi ke tempat kerjanya di kasino Resorts World Sentosa.


Kes ke-47 pula ialah seorang lelaki warga Bangladesh berusia 39 tahun yang juga tidak pernah ke China baru-baru ini.

Mangsa dimasukkan ke NCID semalam (10 Februari 2020). Sebelum dimasukkan ke hospital itu warga Bangladesh berkenaan pergi bekerja di Seletar Aerospace Heights yang juga merupakan tempat kerja pesakit kes 42.


Individu tersebut tinggal di sebuah apartmen sewa di Veerasamy Road dan tidak keluar rumah sejak mengalami simptom virus berkenaan kecuali pergi berjumpa doktor.

Dalam pada itu, lagi dua pesakit lain sudah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah.

Secara keseluruhan, sembilan pesakit sudah bebas daripada jangkitan itu dan keluar dari hospital. - PenaMinang.com / CNA

POST A COMMENT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.