ALMARHUM RAJA ABDULLAH MINTA WANG BELIAU DIMASUKKAN KE AKAUN NAJIB - SAKSI SRC


KUALA LUMPUR : Ketika ditanya oleh Sithambaram, DS Anifah Aman tidak mampu mengingati dengan baik tarikh mesyuarat dengan kerajaan Saudi yang berlaku kita kira 10 tahun lalu.

Tetapi beliau mengakui, mesyuarat yang dinyatakan oleh saksi saksi sebelum ini adalah mesyuarat yang sama dengan apa yang beliau katakan.


Buktinya, dia mengesahkan adanya perjumpaan di tengah dewan antara Raja Abdullah dan DS Najib Razak.

Sithambaram seterusnya berkata,

“You look like a fine gentlemen, so I will ask the question clearly...”

“Am I not (fine gentlemen)?” Jawab DS Anifah secara berseloroh.

Ia disambut dengan gelak hadirin.


DS Anifah juga berkata, beliau mengetahui mengenai hasrat Raja Abdullah untuk memberi sumbangan itu setelah dimaklumkan oleh DS Najib Razak ketika berjalan ke kenderaan setelah habis mesyuarat.

Tambah beliau, sumbangan politik peribadi ke akaun persendirian ini adalah permintaan Raja Abdullah sendiri. Ia tidak perlu dibentangkan di kabinet kerana tiada keperluan dan undang undang untuk DS Najib berbuat demikian.

Kenyataan ini adalah konsisten dengan kenyataan saksi saksi pembelaan sebelum ini.

Begitu juga dengan kenyataan beliau ketika menggambarkan hubungan akrab antara Raja Abdullah dan DS Najib ketika ditanya oleh Tan Sri Shafee Abdullah dalam sesi soal balas.

“Ia ibarat hubungan ayah dengan anak. Bahasa tubuh (memimpin tangan Najib) Raja Abdullah menunjukkan ia satu hubungan yang sangat rapat.” kata beliau. - The Malaysia Unfold