COVID-19 : NETIZEN KOREA SELATAN BERANG DENGAN SYARIKAT PENERBANGAN KLM


KOREA SELATAN : Pihak pengurusan syarikat penerbangan KLM Royal Dutch dikecam oleh warga Korea Selatan akibat satu nota tulisan tangan yang ditulis dalam tulisan Hangul (Korea) yang melarang penumpang dari menggunakan tandas berkenaan kecuali pramugari pesawat.

Penumpang warga Korea Selatan yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Incheon yang terbaca "arahan" berkenaan telah mengambil gambar nota tersebut, namun telah diminta untuk dipadamkan oleh pramugari yang bertugas.

Ditanya mengenai alasan larangan tersebut, pramugari yang bertugas menyatakan bahawa ianya adalah sebahagian dari cara untuk melindungi penumpang lain dalam pesawat berkenaan dari terkena virus Covid-19.

Warga Korea Selatan melihat arahan berkenaan sebagai salah satu unsur diskriminasi ekoran arahan berkenaan hanya ditulis dalam tulisan Hangul dan tidak dalam bahasa yang lain.

Pihak KLM Royal Dutch dalam pada itu telah memohon maaf diatas keterlanjuran berkenaan.

Untuk rekod, sehingga kini Korea Selatan mencatatkan 28 Kes (O Kematian) COVID-19 dengan China masih memegang rekod tertinggi dengan 59,888 kes dengan kematian 1,368 orang. - PenaMinang.com / allkpop